REDMAGIC 10 Pro Menyokong Kemas Kini 2+4 Tahun

14 days ago

REDMAGIC 10 Pro Menyokong Kemas Kini 2+4 Tahun
Hari ini, telah pun dijual secara di Malaysia. Kali ini adalah set rasmi dengan pengiktirafan SIRIM serta jaminan oleh ZTE Malaysia sendiri. Dengan harga jualan mencapai hampir RM4,000 ramai yang risau dan tertanya, bagaimanakah REDMAGIC mengendalikan kemas kini peranti mereka di Malaysia?

Selepas pelancaran sebentar tadi, wakil ZTE Malaysia berkongsi yang kini peranti REDMAGIC di Malaysia akan menyokong kemas kini konsisten 2 tahun untuk versi Android dan 4 tahun untuk tampalan sekuriti. Kemas kini ini turut akan terkesan kepada peranti REDMAGIC lain, seperti REDMAGIC 7 yang mula menerima kemas kini Android terakhir mereka baru-baru ini.

REDMAGIC turut telah merekabentuk semula antaramuka REDMAGIC OS 10 berasaskan Android 15 untuk lebih mesra kepada pengguna pasaran global, kelihatan lebih kemas dan menjamin tiada terma bahasa Cina yang diterjemah terus sehingga mengelirukan.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description