Senarai Kereta Murah di Malaysia Bawah RM50,000 (Baru & Terpakai)
11 days ago
Sedang mencari kereta murah Malaysia yang berbaloi dengan bajet bawah RM50,000? Sama ada anda sedang mempertimbangkan kereta baru atau kereta second hand bawah 50k, artikel ini menyenaraikan pilihan terbaik untuk anda – lengkap dengan info harga, penjimatan minyak dan ciri-ciri utama.
Senarai Kereta Bawah RM50k di Malaysia 1. Perodua Axia (Baru)Anggaran harga: Dari RM22,000
Kategori: Kereta bawah 50k
Penjimatan minyak: 27.4 km/l untuk varian SE dan AV, manakala 25.3 km/l bagi varian G dan X
Kelebihan: Jimat minyak, saiz kompak, sesuai untuk pemanduan bandar Kenapa patut beli? Jika anda cari kereta murah yang mudah dijaga dan ekonomi, Axia adalah pilihan utama.
2. Proton Saga (Baru)
Anggaran harga: Dari RM34,800
Kategori: Sedan kompak
Penjimatan minyak: ±15 km/l
Kelebihan: Ruang selesa, harga berpatutan Sesuai untuk mereka yang mahu kereta murah Malaysia untuk kegunaan harian.
3. Perodua Bezza (Baru)
Anggaran harga: Dari RM36,500
Penjimatan minyak: ±21.3 km/l
Kelebihan: Sedan jimat minyak, boot besar Bezza ialah pilihan pintar untuk pembeli pertama yang mahu kereta terpakai murah tetapi baru.
4. Proton Iriz (Baru)
Anggaran harga: Dari RM42,800 (1.3L Standard Hatchback)Penjimatan minyak:
1.3 Standard CVT: ± 14.5 km/l 1.6 Executive CVT: ±13.5 km/l 1.6 Active CVT: ±13.5 km/lKelebihan: Hatchback dengan pengendalian tajam, ciri keselamatan moden seperti ESC & 6 beg udara (varian lebih tinggi) Pilih Iriz jika anda perlukan hatchback dengan sistem keselamatan terkini, pemanduan sporty dan bergaya dalam bajet kereta bawah RM50k.
5. Proton Persona (Baru)
Harga: Dari RM47,800 (1.6L Standard CVT)
Kelebihan: Ruang kabin luas, CVT lancar, praktikal untuk keluarga dan perjalanan harian Persona memberikan nilai tinggi untuk pembeli yang mencari sedan lengkap dengan bajet terhad.
Kereta Second Hand Bawah RM50k 1. Perodua Myvi (Second Hand)
Tahun model: 2015 ke atasHarga pasaran: ±RM15,500 – RM50,000Kelebihan: Nilai jualan semula tinggi, mudah diselenggara Myvi sentiasa jadi pilihan utama untuk kereta second hand murah di Malaysia.
2. Honda City (Second Hand)
Tahun model: 2021 ke bawahHarga pasaran: Bawah RM50,000Kelebihan: Prestasi mantap, kabin luas City sesuai untuk yang mahu kereta terpakai murah dengan kualiti premium.
3. Toyota Vios (Second Hand)
Tahun model: 2020 ke bawahHarga pasaran: Bawah RM50,000Kelebihan: Tahan lasak, resale value tinggi Vios adalah antara pilihan popular dalam kategori kereta second hand bawah 50k.
4. Kia Picanto (Second Hand)
Tahun model: 2015 ke atasHarga pasaran: ±RM14,000 – RM46,000Ciri menarik: Saiz kompak, ada Electronic Stability Control Picanto sesuai untuk pemanduan bandar dan mereka yang cari kereta bawah 50k dengan ciri moden.
5. Perodua Axia (Second Hand)
Tahun model: 2015 ke atasHarga pasaran: ±RM13,000 – RM49,000 (2015 ke atas)Kelebihan: Jimat minyak, penyelenggaraan rendah, sesuai untuk pemandu baru Axia second hand sangat popular kerana harganya mampu milik dan kos operasi yang rendah.
6. Proton Saga (Second Hand)
Tahun model: 2016 ke atas
Harga pasaran: ±RM11,000 – RM44,800
Kelebihan: Rekaan moden, selesa dipandu, alat ganti mudah didapati Proton Saga versi baru menawarkan prestasi stabil dan keselesaan setanding sedan kompak lain dalam bajet kereta second hand bawah 50k.
7. Perodua Bezza (Second Hand)
Tahun model: 2016 ke atas
Harga pasaran: ±RM18,000 – RM49,000
Kelebihan: Jimat minyak (hingga 21 km/l), but besar, sesuai untuk keluarga kecil Bezza terpakai menjadi pilihan ramai kerana ia merupakan antara sedan paling jimat minyak dan kos selenggara rendah.
8. Hyundai Elantra (Second Hand)
Tahun model: 2015 ke atas
Harga pasaran: ±RM19,000 – RM49,000
Kelebihan: Push/start button, Tiptronic transmission Untuk yang mahu kereta dengan gaya premium pada harga bajet.
9. Nissan Almera (Second Hand)
Tahun model: 2015 - 2022Harga pasaran: ±RM14,000 – RM49,000Kelebihan: Kabin luas, keselesaan tinggi Sesuai untuk keluarga muda yang ingin memiliki kereta terpakai murah dan praktikal.
Tips Sebelum Membeli Kereta Murah Malaysia
1. Periksa keadaan kereta
Semak enjin, transmisi, brek dan sistem elektrik.
2. Tanya rekod servis Pastikan servis dilakukan secara konsisten dan lengkap.
3. Lakukan pemeriksaan PUSPAKOM Untuk sahkan tiada masalah undang-undang atau kemalangan besar.
4. Bandingkan harga pasaran Gunakan platform seperti Carlist.my untuk semak harga semasa.
Dengan bajet RM50,000, anda mempunyai pelbagai pilihan kereta murah, sama ada model baru atau kereta second hand bawah 50k. Pastikan anda menilai keperluan sebenar – sama ada untuk pemanduan harian, kegunaan keluarga atau jimat minyak – dan buat pilihan yang bijak.
FAQ: Kereta Murah Malaysia Bawah RM50kApa kereta baru bawah RM50k yang terbaik di Malaysia? Pilihan popular termasuk Perodua Axia, Proton Saga, Perodua Bezza, Proton Iriz dan Persona. Sesuai untuk bajet rendah dan penggunaan harian.
Apa kereta second hand bawah RM50k yang berbaloi? Myvi, Axia, Honda City, Toyota Vios, dan Bezza adalah antara kereta second hand murah paling dicari di Malaysia.
Berbaloi tak beli Perodua Axia second hand? Ya. Axia second hand sangat jimat minyak, harga dari RM13k dan kos penyelenggaraan rendah. Sesuai untuk pemandu baru dan pelajar.
Ada sedan murah bawah RM50k di Malaysia? Ada. Contohnya Proton Saga, Honda City, Toyota Vios, dan Nissan Almera. Semua ini antara kereta terpakai murah kategori sedan.
Kereta paling jimat minyak bawah RM50k? Perodua Axia dan Perodua Bezza antara paling jimat – masing-masing sekitar 27.4 km/l dan 21.3 km/l. Sesuai untuk yang pentingkan penjimatan.
Bagaimana cara pilih kereta murah yang sesuai?
Semak kondisi fizikal & enjin Periksa rekod servis Lakukan pemeriksaan PUSPAKOM Bandingkan harga pasaranDengan bajet RM50,000, anda boleh dapat kereta terpakai murah atau model baru kompak yang jimat minyak.
Cari kereta baru atau second hand? Jom tengok kat Carlist.my – laman jual beli kereta No.1 di Malaysia! Nikmati waranti percuma sampai 5 tahun* dan kereta yang diperiksa oleh mekanik berpengalaman (Carlist Qualified Cars). Nak lebih tenang? Kami ada Extended Warranty juga! Dengan senarai kereta paling banyak dan penjual berlabel “Trusted Dealer”, beli atau jual kereta jadi lebih mudah & yakin. Carlist.my – servis boleh percaya, kereta pun tip-top!
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free