Inflasi Malaysia naik sederhana kepada 1.4 peratus pada April
20 hours ago
INFLASI keseluruhan Malaysia mencatat peningkatan sederhana sebanyak 1.4 peratus pada April 2025 dengan indeks harga pengguna naik kepada 134.3 mata daripada 132.4 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, jabatan itu berkata kenaikan berkenaan didorong oleh peningkatan dalam kumpulan barangan dan perkhidmatan penjagaan peribadi, perlindungan sosial dan pelbagai barangan serta perkhidmatan sebanyak 4.1 peratus berbanding peningkatan 3.6 peratus pada Mac 2025.
"Pendidikan meningkat 2.3 peratus (Mac 2025: 2.2 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain naik 2.0 peratus (Mac 2025: 1.9 peratus)," katanya.
Beberapa kumpulan yang mencatatkan peningkatan yang lebih perlahan berbanding Mac 2025 adalah seperti berikut: Makanan dan minuman (F&B) menurun kepada 2.3 peratus (2.5 peratus); rekreasi, sukan dan kebudayaan, 1.3 peratus (1.7 peratus); kesihatan, 0.9 peratus (1.0 peratus); dan hiasan, perkakasan, peralatan dan penyelenggaraan isi rumah, 0.1 peratus (0.2 peratus).
Menurut Jabatan Perangkaan, kumpulan yang mencatatkan kadar yang sama seperti bulan sebelumnya ialah restoran dan perkhidmatan penginapan (2.9 peratus), insurans dan perkhidmatan kewangan (1.5 peratus), minuman beralkohol dan tembakau (0.8 peratus) serta pengangkutan (0.7 peratus).
"Selain itu, maklumat dan komunikasi serta pakaian dan kasut, masing-masing kekal berada pada jajaran negatif -4.5 peratus dan -0.1 peratus," kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Mengulas lanjut, beliau berkata kumpulan makanan dan minuman menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP. Penurunan kelas perbelanjaan sayur-sayuran; susu, produk tenusu lain dan telur; buah-buahan dan kekacang; bijirin dan produk bijirin serta daging menyumbang kepada peningkatan yang lebih perlahan bagi kumpulan makanan dan minuman.
Subkumpulan utama makanan di rumah adalah pada 0.5 peratus berbanding 0.6 peratus pada bulan sebelumnya.
Beliau berkata, harga purata diesel di Semenanjung Malaysia ialah RM2.95 seliter berbanding RM2.15 pada April 2024 (Mac 2025: RM3.08).
"Bagaimanapun, harga purata diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter," katanya.
Jabatan itu berkata, Kelantan dan Putrajaya mencatatkan kenaikan terendah pada 0.5 peratus, manakala empat negeri mencatatkan kenaikan melebihi tahap inflasi negara, iaitu Johor (2.2 peratus), Negeri Sembilan (1.7 peratus), Selangor (1.7 peratus) dan Melaka (1.6 peratus).
Jabatan Perangkaan berkata, Kelantan dan Putrajaya mencatatkan kenaikan terendah pada 0.5 peratus, manakala empat negeri mencatatkan kenaikan melebihi paras inflasi nasional iaitu Johor (2.2 peratus), Negeri Sembilan (1.7 peratus), Selangor (1.7 peratus) dan Melaka (1.6 peratus).
Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi Vietnam adalah pada 3.1 peratus, Indonesia 2.0 peratus manakala Thailand -0.2 peratus dan China -0.1 peratus, katanya. - Bernama
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️