Sah! Ijazah Jokowi bukan palsu
16 hours ago
JAKARTA - Badan Siasatan Jenayah atau Bareskrim Polri telah selesai melakukan ujian makmal forensik (labfor) ke atas Ijazah Sarjana satu (S1) Fakultan Kehutanan Universitas Gadjah Mada (UGM) milik Presiden Ketujuh Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).
Pengarah Jenayah Am, Brigadier Jeneral, Djuhandhani Rahardjo Puro mengesahkan keaslian dokumen tersebut yang telah mencetuskan polemik di seluruh negara sejak Mac lalu.
Menurutnya, pemeriksaan secara terperinci itu berdasarkan beberapa perkara termasuk bahan kertas, bahan cetakan, dakwat tulisan tangan, setem dan dakwat tandatangan daripada dekan serta rektor.
"Bukti dan perbandingan yang dilakukan menunjukkan dokumen itu sememangnya berasal dari institusi tersebut," ujar Djuhandhani ketika sidang media di Mabes Polri di Jakarta Selatan pada Khamis.
Difahamkan, ujian labfor itu dilakukan setelah menerima aduan Ketua Tim Pembela Ulama dan Aktivis (TPUA), Eggi Sudjana yang mempersoalkan kesahihan ijazah Jokowi.
Pihak berkuasa turut memanggil seramai 30 saksi dari Fakultas Kehutanan UGM dan bekas rakan sekuliah bekas Presiden tersebut bagi membantu siasatan demi memuaskan hati semua pihak yang berulang kali mempersoalkan keaslian ijazah beliau.
"Hasil siasatan kami mendapati tiada sebarang unsur jenayah," jelasnya lagi.
Isu ijazah Jokowi itu menjadi perhatian selepas Undang-undang Nombor Tujuh (2017) Fasal 169 menetapkan syarat calon dikehendaki memiliki ijazah jika mahu menyertai Pilihan Raya Presiden (Pilpres) atau Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada). - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️