Gangguan air: Johor agih 10,148 karton air mineral
1 day ago
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengagihkan sebanyak 10,148 karton air mineral kepada penduduk susulan gangguan bekalan air yang berlaku ekoran penghentian operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor akibat kebocoran paip.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pengagihan bekalan bermula seawal jam 1 tengah hari sehingga 9 malam pada Khamis.
"Susulan penghentian operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor akibat kebocoran paip, pengagihan bekalan air mineral sedang dijalankan di beberapa kawasan terjejas.
"Sebanyak 10,148 karton air mineral diagihkan bermula dari jam 1 tengah hari hingga 9 malam, melibatkan lokasi-lokasi seperti Nusa Bestari, Taman Uda Utama, Sungai Tiram, Horizon Hill, Flat Stulang Laut, dan banyak lagi," katanya dalam muat naik di laman Facebook pada Khamis.
Tambahnya, pengguna dinasihatkan supaya merancang penggunaan air dengan sebaik mungkin dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini menerusi saluran rasmi.
Pada Rabu, kira-kira 100,000 akaun pengguna di sekitar daerah ini terjejas berikutan gangguan bekalan air susulan kerosakan luar jangka pada pam utama yang menyalurkan air ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengarahkan pihak bertanggungjawab mengadakan mesyuarat krisis kecemasan bagi mencari jalan penyelesaian masalah tersebut.
Onn Hafiz dilaporkan berkata, kerajaan negeri dalam proses mendapatkan tangki air dari daerah lain di negeri ini serta dari negeri lain bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Johor Bahru ketika ini.
Menurut Mohamad Fazli, setakat 7 malam Khamis, sebanyak 38 peratus bekalan air telah dibekalkan kepada pengguna.
Katanya, kerja-kerja pembaikan kebocoran paip air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor sedang giat dijalankan.
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️