Cara Mudah Check Angin Tayar Kereta Tanpa Pergi Kedai!
9 days ago
Cara paling mudah check angin tayar kereta tanpa alat! Guna mata je. Jimat masa dan bantu elak tayar rosak. Wajib tahu untuk pemanduan selamat! Ramai orang masih tertanya-tanya, “Macam mana nak tahu angin tayar kereta cukup atau tak?” dan “Perlu ke selalu check angin tayar kereta?” Jawapannya – ya, memang perlu! Ini kerana angin tayar kereta yang terlalu kurang atau terlebih bukan sahaja akan menjejaskan prestasi tayar kereta, malah boleh membahayakan keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. Yang menariknya, anda tidak perlu check guna alat mahal atau ke kedai semata-mata nak tahu bacaan angin tayar kereta tu dalam keadaan baik atau tidak. Ramai pemilik kenderaan tak tahu, sebenarnya kita boleh check angin tayar kereta dengan mudah — guna mata je! Hanya dengan tengok permukaan blok bunga tayar kereta yang menyentuh lantai, anda sudah boleh mendapatkan gambaran kasar sama ada tekanan angin tu cukup, kurang atau terlebih. Kaedah ni memang sangat membantu, terutamanya kalau anda belum sempat singgah stesen minyak untuk pam tayar kereta atau berada di tempat yang jauh dari bengkel. Jadi kalau anda nak tahu cara check tayar kereta dengan cara paling senang, artikel ni memang sesuai untuk anda. Tak perlu pening kepala — cukup perhati, faham dan amalkan. Sangat praktikal untuk semua yang nak jaga angin tayar kereta tanpa leceh!
Cara Check Angin Tayar Kereta
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Carlist.my Auto News ⬇️