Kos Tersembunyi Lepas Beli Kereta: Jangan Baru Nak Menyesal!
8 days ago
Ramai orang fikir beli kereta hanya melibatkan pembayaran ansuran bulanan. Tapi hakikatnya, banyak lagi kos tersembunyi yang perlu diambil kira. Kalau tidak rancang awal-awal, kewangan boleh terjejas dan menyesal pun tidak guna apabila semua kos mula datang serentak.
Untuk memudahkan anda memahami gambaran keseluruhan, berikut ialah ringkasan anggaran kos tersembunyi yang biasa dihadapi oleh pemilik kereta di Malaysia:
Jadual Ringkasan Kos Tersembunyi Lepas Beli Kereta Di Malaysia (2025) Jenis Kos Anggaran Kos (RM) Insurans Kereta 1,100 - 2,200 setahun Cukai Jalan 70 - 800+ setahun Servis Berkala 150 - 400 setiap servis Servis Besar / Penyelenggaraan Hingga 1,500+ Minyak / Caj EV 200 - 600 sebulan Parkir & Tol 100 - 300 sebulan Aksesori & Ubah Suai 500 - 3,000Jom kita bongkar satu persatu kos yang anda bakal hadapi apabila sudah bergelar pemilik kereta di Malaysia.
1. Insurans Kereta MalaysiaSetiap tahun, anda wajib memperbaharui insurans kereta Malaysia. Kosnya berbeza mengikut:
Jenis & umur kereta Jenis perlindungan (komprehensif, pihak ketiga dll) NCD (No Claim Discount)Mulai 1 Mac 2024, cukai perkhidmatan insurans meningkat daripada 6% ke 8%, menjadikan kos lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Sebagai contoh, insurans untuk kereta sedan 1.5L boleh jadi sekitar RM1,100 – RM2,200 setahun. Kalau tambah perlindungan untuk cermin, banjir atau pemandu kedua – harganya tinggi lagi.
Jika anda ingin tahu jenis-jenis insurans yang ada serta cara pilih polisi yang sesuai, baca juga artikel di untuk mencari kereta pilihan anda.
KesimpulanPembelian kereta bukan hanya melibatkan bayaran bulanan. Terdapat pelbagai kos lain seperti insurans kereta Malaysia, harga road tax Malaysia, kos servis kereta, servis aircond kereta, dan kos penyelenggaraan kereta yang perlu disediakan dalam bajet anda. Jangan lupa juga untuk bersedia dengan kos untuk perbaharui cukai jalan, bayaran roadtax kereta, dan hal-hal kecil seperti tol dan parkir.
Rancang dengan teliti. Jangan nanti baru rasa terbeban bila semua ini muncul serentak. Semasa memandu, berhati-hati dan bersiap sedia.
]]>...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free