Menegakkan keadilan, bukan mencabar akidah: Jawapan SIS kepada seruan solat hajat Jais berkaitan semakan kehakiman (Malay/English)
1 day ago
Merujuk kepada laporan Harian Metro bertarikh 4 Jun mengenai pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
[ENGLISH VERSION BELOW] Sisters in Islam (SIS) mengambil maklum yang Jais telah menyeru kepada satu solat hajat diadakan untuk memohon petunjuk Ilahi.
Sebagai orang Islam, kami juga percaya kepada keikhlasan dalam berdoa serta merenung diri secara spiritual, terutamanya ketika berdepan dengan isu-isu yang besar.
Namun kami merasakan adalah penting untuk menjelaskan pendirian kami berhubung dengan semakan kehakiman yang sedang berjalan.
Tindakan undang-undang yang kami ambil bukanlah satu bentuk serangan terhadap agama Islam, jauh sekali mencabar kesucian agama itu. Ia adalah satu usaha mempertahankan hak perlembagaan sebagai warganegara Malaysia untuk mendapatkan keadilan apabila hak kami dicabar – terutamanya hak untuk didengar dan memastikan prinsip keadilan serta proses undang-undang yang sewajarnya dipatuhi.
Fatwa yang dikeluarkan pada tahun 2014 telah melabelkan SIS sebagai ‘sesat’ tanpa memberi kami ruang untuk mempertahankan diri. Fatwa ini memberi implikasi yang besar terhadap hak kebebasan bersuara, berpersatuan dan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Kami bukanlah satu-satunya pihak yang menyuarakan kebimbangan tentang ketelusan dan keadilan dalam proses pewartaan dan pelaksanaan fatwa. Ramai cendekiawan, peguam dan organisasi masyarakat sivil telah bersuara agar proses ini lebih telus, inklusif dan bertanggungjawab – terutamanya apabila ia memberi kesan secara langsung kepada individu dan kumpulan masyarakat sivil.
Sisters in Islam kekal teguh dalam usaha memberi kefahaman Islam yang berlandaskan kepada prinsip keadilan, belas kasihan dan kesaksamaan – nilai-nilai yang mendasari objektif ‘maqasid syariah’.
Kami telah lama memperjuangkan pembaharuan undang-undang Syariah agar ia lebih melindungi hak dan maruah perempuan Islam, khususnya yang berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam.
Sebagai satu-satunya organisasi di Malaysia yang menyediakan khidmat nasihat guaman percuma kepada perempuan yang berdepan dengan cabaran di mahkamah Syariah, perjuangan kami berdasarkan pengalaman sebenar perempuan dan dapatan daripada kajian di lapangan.
Data dan maklum balas yang kami kumpul menunjukkan betapa perlunya kepada perubahan menyeluruh dalam sistem kehakiman Syariah. Perjuangan ini bukan baharu, dan kami berpegang teguh padanya – kerana keadilan perlu dilaksanakan segera.
Kami menggesa agar semua pihak mengadakan dialog dengan hikmah, dan membenarkan institusi kehakiman menjalankan tugasnya tanpa tekanan atau menjadi alat politik.
Kami percaya kepada kebijaksanaan dan kebebasan Mahkamah Persekutuan dalam membuat keputusan berdasarkan Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan prinsip keadilan. Inilah semangat dan pendekatan kami bawa pada hari penghakiman pada tanggal 19 Jun 2025 ini. – SIS
English version
Upholding justice, not challenging faith: Response to Jais’ solat hajat over judicial reviewIn response to a Jais circular dated 4 Jun, as reported in Harian Metro
We acknowledge the right of the Selangor Islamic Religious Department (Jais) to call for a solat hajat (prayer for divine guidance) in seeking divine guidance.
As believers ourselves, we value sincere prayer and reflection, especially in moments of public deliberation.
However, we find it necessary to clarify and reaffirm the principles upon which our ongoing legal challenge is based.
Our judicial review is not an attack on Islam, nor is it a challenge to the sanctity of religion. Rather, it is an exercise of our constitutional right as citizens of Malaysia to seek legal redress in matters that affect our fundamental liberties -particularly the right to be heard and to ensure that due process under the law is observed.
The fatwa in question, issued in 2014, declared SIS deviant without affording us the opportunity to defend ourselves. It also has wide-reaching implications on freedom of expression, association and religion, as guaranteed under the Federal Constitution.
We are not alone in raising concerns about the lack of procedural fairness in how fatwas are issued and enforced. Scholars, lawyers and rights-based organisations have long pointed out the need for transparency, consultation and accountability within the fatwa process, especially when such pronouncements affect civil society groups and individuals directly.
Sisters in Islam remain steadfast in promoting an understanding of Islam that centres equality, justice and compassion – principles deeply rooted in the higher objectives (maqasid) of the Sharia.
We have long championed legal reforms that uphold the rights and dignity of Muslim women, particularly in matters of family law.
As the only organisation in Malaysia providing free legal advice to women navigating the often intimidating and complex Sharia court system, we speak from lived realities and evidence. Our ground-level engagements and data-backed surveys reflect a system in urgent need of transformation.
The call for systemic reform of the Syariah courts is not new, and it is a struggle we continue to uphold – because justice cannot wait.
We urge all parties to engage in dialogue rather than division, and to allow the judiciary to perform its role free of undue pressure or politicisation.
We trust in the independence and wisdom of the Federal Court to assess our case based on the rule of law, the Constitution and principles of justice. It is in this spirit that we approach the judgment on 19 June. – SIS
...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free