Letupan karbida: Polis siasat bawah Seksyen 286 KK

1 day ago

Letupan karbida: Polis siasat bawah Seksyen 286 KK

SHAH ALAM: Aspek kecuaian merupakan antara elemen diambil kira dalam siasatan kes letupan melibatkan bahan kimia kalsium karbida di sebuah kedai buahan-buahan di Jalan Gudang Nenas, Klang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan berbanding hanya membuka kertas siasatan inkuiri polis sebelum ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan forensik polis dan bomba, letupan itu disahkan akibat tindak balas serbuk kimia karbida.

“Pada mulanya, kita buka kertas siasatan inkuiri polis sahaja namun hari ini kes disiasat mengikut 286 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkaitan bahan letupan.

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau cedera akibat letupan itu,“ katanya ketika ditemui pemberita di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Vijaya berkata siasatan dalaman berhubung letupan itu turut melibatkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Beliau berkata setakat ini empat individu telah diambil keterangan antaranya pemilik kenderaan yang terkesan akibat letupan dan pemilik kedai tersebut selain menunggu laporan daripada Masjid Bandar Diraja Klang.

Semalam, media melaporkan dinding sebuah pejabat kedai buah-buahan runtuh selepas bahan kimia yang digunakan untuk mempercepat proses pemeraman buah meletup.

Kejadian turut menyebabkan enam kereta yang diparkir di tepi masjid berhampiran mengalami kerosakan.

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from The Sun Daily ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description