Dagu berparut, wanita tuntut pampasan hampir RM100,000
1 day ago
NANJING – Seorang wanita di timur China menuntut pampasan satu juta yuan (kira-kira RM92,000) selepas mendakwa wajahnya rosak teruk akibat prosedur pembedahan kosmetik yang gagal hingga meninggalkan parut sepanjang enam sentimeter di dagu.Wanita dikenali sebagai Ding dari wilayah Jiangsu itu berkata, hidupnya musnah selepas menjalani beberapa prosedur kecantikan, termasuk pembedahan pemindahan lemak muka di Korea Selatan, yang menyebabkan mukanya membengkak.Untuk membetulkan keadaan, dia menjalani sedutan lemak muka di sebuah klinik di Beijing namun hasilnya tetap mengecewakan.Awal tahun ini, Ding tertarik dengan iklan Institut Pembedahan Kosmetik Yumei di Xuzhou yang mendakwa mampu memulihkan dagunya ke bentuk asal.Dalam usaha terakhir membaiki kecacatan itu, Ding menjalani pembedahan pembaikan dagu bernilai 20,000 yuan (RM12,800) pada Februari lalu.Namun tiga hari selepas prosedur, dagunya mula melepuh teruk."Doktor kata ia normal dan hanya beri saya ubat sapu," kata Ding.Namun keadaannya makin memburuk apabila luka makin luas, bernanah dan bertakup.Doktor memotong kudis menggunakan gunting dan meminta Ding mengulang proses sama di rumah.Namun, keadaan makin parah apabila luka tersebut dijangkiti kuman.Enam bulan berlalu, luka berkenaan tidak juga sembuh. Ding kemudian mendapatkan rawatan di hospital besar di Nanjing dan diberitahu bahawa rawatan serta nasihat yang diterimanya sebelum ini adalah ‘salah dan berbahaya’.Luka itu akhirnya dijahit semula tetapi meninggalkan kesan parut besar."Kejadian ini memusnahkan hidup saya. Saya terpaksa tutup syarikat sendiri, pekerja saya hilang kerja dan teman lelaki saya tinggalkan saya," katanya.Kini, Ding tidak berani lagi melihat cermin dan hanya keluar rumah dengan memakai pelitup muka.Dia juga mengalami kemurungan teruk akibat kejadian itu.Pihak berkuasa kesihatan Xuzhou telah membuka siasatan selepas menerima laporan dari Ding. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️