Zakat MAINPP tekad urus tadbir telus, berintegriti
20 hours ago
KEPALA BATAS – Seluruh kakitangan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) menyatakan komitmen melawan rasuah melalui lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha membanteras amalan salah guna kuasa dalam kalangan warganya.Setiausaha MAINPP, Datuk Rosidi Hussain berkata, lafaz IBR yang dilakukan mencerminkan iltizam kukuh institusi zakat negeri ini dalam memastikan tadbir urus yang telus, adil dan berintegriti, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Menurutnya, pelaksanaan IBR bukan sekadar simbolik tetapi merupakan tanggungjawab moral dan profesional setiap kakitangan dalam menggalas amanah umat Islam."Perjuangan melawan rasuah tidak boleh dibebankan kepada SPRM semata-mata."Ia memerlukan tanggungjawab kolektif daripada semua peringkat, bermula daripada kepimpinan tertinggi sehingga ke setiap kakitangan," katanya ketika berucap mewakili Timbalan Ketua Menteri I dalam majlis berkenaan di Darul Hidayah, Permatang Gelam, di sini pada Sabtu.Beliau turut menegaskan bahawa budaya kerja berintegriti mesti menjadi amalan harian dalam setiap keputusan, projek dan perbelanjaan.Mengulas lanjut, Rosidi berkata, sebarang bentuk rasuah dalam pengurusan zakat bukan sahaja mencemar nama baik institusi agama, malah merupakan satu pengkhianatan terhadap amanah dan dosa besar di sisi agama."Dana zakat merupakan hasil sumbangan umat Islam."Jika ia disalah guna, ia bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat, tetapi juga mencabut keberkatan dalam pentadbiran," katanya.Berdasarkan laporan SPRM, tambah beliau, punca utama rasuah berlaku antaranya disebabkan oleh sifat tamak, gaya hidup melebihi kemampuan, pengawasan dalaman yang lemah serta kurangnya penghayatan nilai agama dan integriti.Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa penjawat awam, khususnya pengurus dana umat, memikul tanggungjawab besar dalam memastikan setiap prosedur kewangan dipatuhi, menjauhi konflik kepentingan dan menolak campur tangan luar dalam membuat keputusan."Dalam konteks pentadbiran negeri, integriti bukan lagi pilihan tetapi keperluan asas."Tanpa integriti, pembangunan tidak akan sampai kepada sasaran sebenar," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️