Sabah bakal jadi antara negeri pengeluar utama nanas negara

1 day ago

Sabah bakal jadi antara negeri pengeluar utama nanas negara
KOTA KINABALU – Sabah berpotensi untuk muncul sebagai antara pengeluar utama nanas negara dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sasaran pengeluaran mencecah kira-kira 20,000 metrik tan.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, selain Johor yang kini merupakan negeri pengeluar utama nanas di Semenanjung, Sabah dan Sarawak turut mempunyai potensi besar dalam melaksanakan penanaman nanas secara berskala besar dan komersial."Sabah dan Sarawak berpotensi untuk menjadi kawasan pengeluaran utama nanas, bukan sahaja bagi memenuhi permintaan domestik tetapi juga pasaran eksport," katanya ketika ditemui pemberita semasa hadir pada program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Sabtu.Beliau berkata, usaha awal di Sabah telah dimulakan dengan pembangunan kawasan seluas 300 hektar di Sinua, Sook, melalui kerjasama antara Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dengan Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB)."Ini hanya sebagai permulaan kerana kita telah mengenal pasti ribuan ekar tanah lain yang berpotensi untuk dibangunkan bagi penanaman nanas," katanya.Menurut beliau, beberapa daerah lain seperti Kota Marudu, Beaufort, dan kawasan di bawah kendalian SLDB juga menunjukkan potensi besar untuk penanaman nanas secara komersial."Kita galakkan penanaman secara berskala besar supaya pengeluaran ini bukan sahaja mencukupi untuk pasaran dalam negara, tetapi juga mampu menembusi pasaran antarabangsa," katanya lagi.Sementara itu, Ketua Pengarah LPNM, Mohd Khairulzamri M Salleh berkata, ketika ini terdapat sebanyak 19 varieti nanas yang ditanam di Malaysia."Bagi Sabah, antara varieti yang dikomersialkan termasuk MD2 dan SG1 (Sarawak Gold 1), iaitu varieti baharu yang diperkenalkan di negeri ini," katanya.Menurutnya, Johor kekal sebagai negeri terbesar dari segi kawasan penanaman nanas, diikuti Sarawak, Pahang, dan Sabah."Di Sabah sahaja, terdapat kira-kira 1,370 hektar kawasan tanaman nanas yang sedang diusahakan ketika ini. Namun, dari segi pengeluaran, ia masih di peringkat awal dengan anggaran kira-kira 1,145 metrik tan."Dengan penyaluran insentif dan galakan berterusan, kita yakin pengeluaran di Sabah akan meningkat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, dengan jangkaan pengeluaran sekitar 20,000 metrik tan," katanya.Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SLDB, Datuk Syaheddrul R Joddari memaklumkan bahawa agensi itu telah memperuntukkan kawasan seluas 800 hektar bagi pembangunan tanaman nanas di bawah kerjasama strategik bersama LPNM."Kita sedang fokus untuk membangunkan kawasan berpotensi dengan lebih sistematik agar Sabah dapat menyumbang secara signifikan dalam industri nanas negara."Daripada keseluruhan kawasan seluas 800 hektar ini, seramai 695 peserta SLDB akan terlibat pada peringkat permulaan, dan mereka dijangka memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 setiap kali tuaian," jelasnya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description