Tarif air Terengganu naik 8 sen bagi pengguna domestik

1 day ago

Tarif air Terengganu naik 8 sen bagi pengguna domestik
KUALA TERENGGANU - Kadar tarif air bagi pengguna domestik di Terengganu dinaikkan sebanyak lapan sen setiap meter padu bagi penggunaan hingga 20 meter padu sebulan, bermula semalam.Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Abdul Karim Endut berkata, dengan kadar baharu itu, caj penggunaan minimum untuk pengguna domestik berubah kepada RM6.60 sebulan.Bagaimanapun, katanya, subsidi 20 meter padu air sebulan bagi isi rumah B40 di negeri ini akan dikekalkan."Penggunaan air di masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pula akan terus ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui SATU."Bagi rumah ibadat dan institusi kebajikan pula, tarif sedia ada akan dikekalkan sebagai menyokong institusi keagamaan dan kebajikan yang memberikan manfaat kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, subsidi sedia ada bukan sahaja diteruskan, malah ditingkatkan daripada RM2.5 juta kepada RM3 juta setahun dengan keseluruhan kos ini ditanggung sepenuhnya oleh SATU dan Kerajaan Negeri Terengganu."Bagi pengguna bukan domestik, iaitu industri dan perniagaan pula, sebanyak 75 peratus pengguna dalam kategori ini akan menerima kenaikan purata RM1.24 sehari. Ia masih dalam lingkungan munasabah dan kompetitif berbanding kadar sedia ada di negeri lain," katanya.Abdul Karim berkata, bagi kategori perkapalan pula, bekalan air untuk kegunaan di atas kapal yang berlabuh di pelabuhan akan menerima kadar rata di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Terengganu, iaitu sebanyak RM8 setiap meter padu (tidak termasuk caj elektrik).Tarif air bagi pusat data pula telah diselaraskan di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Terengganu, iaitu RM5.30 setiap meter padu (tidak termasuk caj elektrik).Abdul Karim menjelaskan, Pelarasan Tarif Bekalan Air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif yang berkuat kuasa semalam itu telah dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Julai lepas, setelah mendapat permohonan daripada SATU.Beliau berkata, pelaksanaan pelarasan tarif baharu ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menangani isu berkaitan perkhidmatan bekalan air secara menyeluruh dan berterusan."SATU memperuntukkan kira-kira RM50 juta setiap tahun bagi memperkukuh pembangunan infrastruktur bekalan air dan ia mencerminkan komitmen SATU dalam memastikan bekalan air yang stabil, berkualiti dan mampan demi kesejahteraan rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi Terengganu secara menyeluruh," katanya. - Bernama...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description