'Ops Wangi' bongkar 9 lokasi pelupusan haram di Ijok
10 hours ago
KUALA SELANGOR - Sebanyak sembilan lokasi di Kampung Seri Sentosa, Ijok, di sini dikesan menjadi tapak pelupusan sampah haram dalam operasi bersepadu membanteras pembuangan sisa secara tidak terkawal menerusi ‘Ops Wangi’ pada Khamis.Operasi itu dijalankan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Selangor dengan sokongan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dari jam 10.30 pagi hingga 12 tengah malam.MPKS dalam kenyataannya memaklumkan, seramai 50 anggota MPKS daripada pelbagai jabatan termasuk Penguatkuasa, Kesihatan dan Persekitaran, Landskap serta Unit Korporat digerakkan bagi memantau sembilan lokasi panas yang menjadi tumpuan pelupusan haram."Hasil pemeriksaan itu, sebanyak empat jentera pengendalian sampah dan sebuah lori telah disita."Selain itu, tujuh lokasi telah ditutup sepenuhnya dengan penghadang dan pita keselamatan bagi menghalang sebarang aktiviti pembuangan sampah berulang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut kenyataan itu, satu kompaun turut dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDKS) 2007 terhadap individu yang membuang sampah di tempat awam.Sehubungan itu, MPKS menegaskan pihaknya memandang serius isu itu kerana ia mencemarkan alam sekitar, menjejaskan kesihatan awam dan mengundang risiko keselamatan."Pusat pelupusan sampah yang sah di daerah ini hanyalah di Jeram Sanitary Landfill," jelas kenyataan itu.MPKS turut memaklumkan, operasi penguatkuasaan akan diperhebat dengan kerjasama agensi berkaitan demi memastikan daerah ini kekal bersih, selamat dan sejahtera."Pengusaha dan kontraktor diingatkan menghantar sisa buangan ke tapak pelupusan berlesen atau berdepan tindakan undang-undang," katanya.Operasi itu turut menyita jentera pengendalian sampah di lokasi pembuangan sampah haram di Kampung Seri Sentosa, Ijok, pada Khamis....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️