Trump mohon penyokong derma ASD15 untuk ‘membawanya ke syurga’

12 hours ago

Trump mohon penyokong derma ASD15 untuk ‘membawanya ke syurga’
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menghantar e-mel kepada setiap penyokongnya meminta derma sebanyak ASD15 (RM63.37) bagi tujuan yang dianggap kontroversial iaitu untuk "membawanya ke syurga".Dalam e-mel itu, Trump menulis bahawa beliau hampir menemui ajal tahun lalu akibat tembakan yang hampir meragut nyawanya, namun terselamat bagi satu tujuan: "Untuk membuat Amerika hebat semula!"Trump menekankan bahawa penyokongnya telah bersama beliau melalui proses pemecatan, pilihan raya ‘curang’, kes undang-undang yang diragui, dan percubaan pembunuhan.Beliau turut mengumumkan 24 jam kempen pengumpulan dana Trump,meminta setiap penyokong menyumbang ASD15 untuk menjadikannya rekod.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan Amerika Syarikat (FEC), syarikat "Never Surrender, Inc." yang menguruskan kempennya telah mengumpul sebanyak ASD1,865,656.03 (RM7,875,000) setakat ini.Trump sebelum ini juga dilaporkan bercakap tentang keinginan untuk memasuki syurga, termasuk mengaitkan peluang itu dengan usaha beliau untuk mendamaikan Rusia dan Ukraine.Beberapa penganalisis Kristian menegaskan bahawa ke Syurga bukan boleh dibeli atau dicapai melalui harta atau kuasa, sebaliknya memerlukan pengorbanan dan kesedaran bahawa tidak semua boleh dicapai dengan usaha sendiri. -Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description