Perarakan Maulidur Rasul semarakkan AU 5C

11 hours ago

Perarakan Maulidur Rasul semarakkan AU 5C
KUALA LUMPUR - Suasana pagi di AU 5C, Lembah Keramat pada Jumaat bergema dengan alunan selawat apabila ratusan penduduk setempat menyertai Perarakan Maulidur Rasul anjuran Surau Al-Mustaqim bersama Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) As-Sobirin.Seawal jam 7.30 pagi, pekarangan surau dipenuhi peserta pelbagai usia dengan berpakaian serba putih dan berkopiah, manakala kanak-kanak KAFA As-Sobirin tampil ceria membawa sepanduk berwarna-warni.Perarakan diketuai Pengerusi Surau, Mohamed Desa Man bersama Timbalan Pengerusi, Wan Arjuna Wan Mustafa, barisan kepimpinan surau serta ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) AU 5C.Mereka bergerak mengelilingi kawasan perumahan dengan selawat diketuai Imam Shafiq, Imam 1 Surau Al-Mustaqim yang bergema sepanjang laluan.Kehadiran 90 pelajar KAFA As-Sobirin menambahkan keceriaan suasana, selain penyertaan golongan muda hingga warga emas yang menjadikan perarakan itu simbol kebersamaan serta kecintaan mendalam terhadap Rasulullah SAW.Acara mencapai kemuncaknya apabila peserta kembali ke surau untuk mendengar tazkirah Maulidur Rasul disampaikan Ustaz Mohd Ridzuan Khalin, lulusan Universiti Mu’tah, Jordan. Beliau mengingatkan hadirin tentang pentingnya meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description