Timbalan Perdana Menteri UK letak jawatan selepas gagal lunas cukai
10 hours ago
LONDON - Angela Rayner pada Jumaat meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri dan setiausaha perumahan selepas gagal melunaskan cukai sepenuhnya ke atas sebuah pangsapuri yang dibelinya pada Mei, lapor Anadolu Ajansi (AA).Peletakan jawatan itu dibuat selepas tekanan yang semakin meningkat ke atasnya untuk berundur berhubung pembelian rumahnya di Hove, sebuah pusat peranginan tepi laut di East Sussex, Britain.Rayner turut meletak jawatan sebagai timbalan ketua Parti Buruh selepas mengaku bahawa beliau kurang membayar cukai ke atas pembelian itu.Awal minggu ini, beliau merujuk dirinya kepada penasihat etika Perdana Menteri Keir Starmer selepas mengaku tidak melunaskan sepenuhnya bayaran duti setem bagi rumah berharga £800,000 (US$1.07 juta) itu.Terdahulu, Starmer menyatakan sokongan penuhnya terhadap Rayner dengan berkata beliau "berbangga" bekerja bersamanya.Pada Rabu, Rayner memberitahu Sky News bahawa beliau menerima nasihat undang-undang yang salah, menyebabkan beliau membayar duti setem yang lebih rendah daripada jumlah sebenar yang perlu dijelaskan. - Bernama...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️