Wanita dibakar hidup-hidup keluarga mentua kerana tiada anak

19 hours ago

Wanita dibakar hidup-hidup keluarga mentua kerana tiada anak
RAJASTHAN – Seorang wanita, Sarla Devi, 42, menjadi mangsa kekejaman keluarga mentuanya apabila dibakar hidup-hidup di atas timbunan najis lembu, hanya kerana mangsa tidak mempunyai anak, dalam kejadian mengejutkan di daerah Deeg, Alwar,pada Selasa petang, lapor The Times of India.Polis daerah mengesahkan bahawa keluarga mentua dan beberapa penduduk kampung cuba membakar Sarla, malah menyerang anggota polis yang cuba campur tangan.Abang mangsa, Vikrant, dalam laporan polisnya, mendakwa bahawa Sarla telah lama menghadapi gangguan kerana tiada anak.Beliau menamakan suami mangsa, Ashok, yang berkahwin dengan Sarla sejak 2005, bapa mentua, Sukhbir Singh, ibu mentua, Rajwati, abang ipar, Trilok dan Raju, serta kakak ipar, Pooja dan Poonam sebagai suspek.Sekitar tengah hari Selasa, polis menerima maklumat bahawa Sarla sedang dibakar.Apabila pasukan polis sampai ke lokasi, penduduk kampung menghalang, mengejar, malah turut memukul pegawai polis.Pasukan tambahan yang diketuai pegawai kanan kemudiannya tiba di tapak pembakaran, mengeluarkan mayat dari unggun api, dan membawanya ke bilik mayat Hospital Daerah Deeg.Bedah siasat dijalankan oleh lembaga perubatan sebelum mayat diserahkan kepada keluarga Sarla pada waktu petang.Penolong Ketua Polis (Additional SP) AK Sharma berkata, "Siasatan awal menunjukkan suspek ingin memusnahkan bukti, justeru menyerang pasukan polis."Beliau menambah siasatan lanjut sedang dijalankan.Ketua Polis Daerah, Om Prakash Meena berkata , kes telah didaftarkan di bawah tuduhan pembunuhan, pemusnahan bukti, dan serangan terhadap pegawai kerajaan.Selepas kejadian, keluarga mentua Sarla dan beberapa penduduk kampung telah melarikan diri. Polis telah menempatkan pasukan tambahan di kawasan itu bagi meneruskan siasatan dan menangkap suspek. -Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description