Amanz
1 day ago
Dalam pada itu, pihak Intel juga telah mengesahkan bahawa butiran baru mengenai siri cip pemprosesan komputer Intel Panther Lake juga akan diperlihatkan sewaktu acara ini, dimana beberapa wartawan juga telah mengesahkan bahawa maklumat mengenainya akan diperlihatkan juga.
We're at the
Ia dilaporkan bahawa butiran tersebut akan diperlihatkan terlebih dahulu sewaktu acara tersebut, dan ia akan diperlihatkan secara umum pada 9 Oktober ini. Seperti yang sedia maklum, siri cip pemprosesan Intel Panther Lake ini akan merangkumi semua siri cip pemprosesan kelas komputer riba mereka.
Selepas siri cip pemprosesan Intel Lunar Lake dan Arrow Lake yang dihasilkan menggunakan teknologi pengilangan TSMC 3nm, Intel nampaknya akan kembali menghasilkan cip-cip pemprosesan mereka dengan proses pengilangan cip semikonduktor mereka sendiri.
Kelangsungan hidup bahagian pengeluaran cip Intel juga nampaknya akan bergantung kepada kecekapan mereka menghasilkan sebanyak cip Intel Panther Lake yang mungkin untuk mencari pelanggan-pelanggan baru supaya usaha dapat diteruskan untuk membangunkan teknologi proses 14A dan 12A selepas ini.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free