Amanz

22 hours ago

Amanz
Semalam kami telah melaporkan bahawa Intel dijangka akan memperlihatkan butiran lanjut mengenai siri cip pemprosesan Intel Panther Lake sewaktu acara Intel Tech Tour yang sedang berlangsung di Arizona, Amerika Syarikat.

Terkini, terdapat ura-ura baru yang mengatakan bahawa bersama dengan pengumuman pelancaran cip pemprosesan tersebut, Intel juga dijangka akan memperkenalkan model CPU Intel Core Ultra X sebagai model cip pemprosesan komputer riba yang paling berkuasa dalam siri Panther Lake.

Core i3/5/7/9Core Ultra 5/7/9Core Ultra X5/7/9←New

— HXL (@9550pro)

Siri cip pemprosesan Intel Panther Lake juga sebelum ini telah disahkan akan menggunakan cip grafik Intel Arc Xe3 “Celestial” dan contoh yang diberikan ada memperlihatkan penggunaan cip tersebut didalam CPU tersebut secara terbina.

Intel dijangka akan memperkenalkan siri cip pemprosesan Intel Panther Lake pada 9 Oktober ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenainya.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description