Amanz

18 hours ago

Amanz
OpenAI yang popular dengan produk ChatGPT mereka, kini $500 bilion, berasaskan kepada jual-beli saham syarikat berkenaan yang berlaku baru-baru ini. Dengan nilai ini juga, ia sekaligus memposisikan OpenAI sebagai syarikat peribadi yang bernilai paling tinggi, mendahului SpaceX dan Bytedance sebelum ini.

Kali terakhir, OpenAI dinilaikan sekitar $300 bilion. Sehingga ke hari ini, OpenAI masih belum menjana keuntungan, dan dijangka akan terus dalam keadaan rugi untuk beberapa tahun akan datang.

ChatGPT kini menjadi salah satu produk yang digunakan meluas oleh ramai pengguna seluruh dunia. OpenAI sebelum ini mengatakan ChatGPT digunakan 700 juta pengguna aktif setiap minggu, salah satu angka yang tinggi jikalau dibandingkan dengan pelbagai perkhidmatan lain di pasaran.

Pada hari ini, ChatGPT sedia mendahului sebagai platform kecerdasan buatan, dan jauh dihadapan berbanding Google Gemini, Meta AI dan juga Microsoft Copilot.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description