Carsome rai ulang tahun ke-10 dengan tawaran RM1 juta
22 hours ago
SHAH ALAM – Platform dagangan kereta terpakai terkemuka di Asia Tenggara, Carsome meraikan ulang tahun ke-10 dengan penganjuran CARSOME 10th Anniversary Autofair 2025.Acara istimewa yang bakal berlangsung dari 10 hingga 12 Oktober ini di Carsome PJ Automall, bermula dari 9 pagi hingga 7 petang itu menawarkan pelbagai promosi eksklusif.Menurut kenyataan media jenama itu, tawaran menarik tersebut termasuk 20-Car Daily Flash Deals yang berlangsung dua sesi setiap hari yang mana masing-masing pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 4 petang."Pelanggan juga bakal menikmati pelbagai manfaat lain seperti jaminan percuma hingga dua tahun, pakej servis percuma setahun dan elaun tukar beli hingga RM3,000 untuk setiap transaksi layak," katanya.Menariknya, pengunjung yang membuat tempahan kereta sepanjang karnival berpeluang menyertai Gold Bar Challenge iaitu permainan mencabar kekuatan dan ketangkasan tangan. Peserta perlu mengeluarkan replika jongkong emas daripada kotak lut sinar menggunakan satu tangan sahaja dalam tempoh 120 saat.Selain itu, mereka yang membuat tempahan juga berpeluang menyertai aktiviti Sure Win Wind Chamber yang mana setiap peserta boleh merebut baucar menarik dalam tempoh 10 saat di ruang khas berangin.Bagi memberi lebih peluang menikmati tawaran istimewa ini, Carsome turut melancarkan Kempen Promosi Ulang Tahun Ke-10 Peringkat Kebangsaan di semua bilik pameran Carsome seluruh negara sepanjang 1 hingga 31 Oktober ini.Antara tawaran utama termasuk diskaun bernilai keseluruhan hingga RM1 juta, jualan kilat 10 kereta setiap hari, jaminan percuma tambahan (1+1 tahun) dan rebat tukar beli hingga RM2,000.Bagi pelanggan yang ingin menjual kenderaan, Carsome turut menawarkan pemeriksaan percuma di lokasi dan tambahan tunai RM1,000 untuk kenderaan bernilai lebih RM15,000.Menurut Carsome, sambutan ulang tahun berkenaan bukan sekadar meraikan kejayaan sedekad, tetapi juga menandakan komitmen berterusan dalam memperkukuh kedudukan sebagai jenama automotif digital pilihan utama rakyat Malaysia."Melalui kempen bertema #CARSOME10TAHUN, syarikat menekankan nilai ketelusan, kepuasan pelanggan dan inovasi dalam setiap aspek pengalaman jual beli kenderaan."Kempen ini dijangka bukan sahaja merancakkan pasaran automotif tempatan menjelang hujung tahun, tetapi turut memberi lonjakan kepada prestasi jualan Carsome di Malaysia, seiring dengan strategi pengukuhan pasaran serantau di Asia Tenggara," jelasnya lagi. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️