Kenali SJPP, Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan Yang Ramai Usahawan Borneo Tak Tahu

7 days ago

Kenali SJPP, Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan Yang Ramai Usahawan Borneo Tak Tahu
Khas untuk Usahawan yang Sukar Mendapatkan Pinjaman untuk Perniagaan

Kenali SJPP, Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan Yang Ramai Usahawan Borneo Tak Tahu. Bayangkan senario seperti ini:Anda ada idea bisnes yang menarik, mungkin nak kembangkan perniagaan kek lapis anda di Miri. Anda perlukan pinjaman dari bank untuk meneruskan rancangan anda, tetapi permohonan anda ditolak. Mungkin kerana anda tiada aset yang cukup untuk dicagarkan, atau bank menganggap bisnes anda terlalu berisiko. Masalah ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tapi di seluruh dunia. Bank tidak berani untuk mengambil risiko terlalu besar, dan usahawan pula tidak selalunya mampu memenuhi semua kriteria ketat pihak bank.Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat satu alternatif di Malaysia yang boleh meyakinkan pihak bank untuk memberikan anda pinjaman untuk perniagaan anda? Jika anda seorang usahawan, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) adalah nama yang patut anda kenali.

Kenali SJPP, Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan Yang Ramai Usahawan Borneo Tak TahuKenali SJPP, Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan Yang Ramai Usahawan Borneo Tak Tahu

Secara ringkas, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad Berhad (SJPP) adalah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan untuk melaksanakan Skim Jaminan Kerajaan (Government Guarantee Schemes) dengan seliaan Bank Negara Malaysia (BNM). Ia berfungsi sebagai ‘orang tengah’ atau ‘jambatan’ yang menghubungkan usahawan seperti anda dengan bank.

Bagaimana SJPP Berfungsi?

Fungsi utama SJPP adalah untuk menyediakan jaminan kepada pihak bank. Apabila anda memohon pinjaman perniagaan, bank akan menilai permohonan anda seperti biasa. Namun begitu, bank lazimnya kurang yakin untuk memberikan pinjaman kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) kerana wujud risiko pinjaman tersebut berkemungkinan tidak dapat dibayar balik. Di sinilah SJPP memberi jaminan kepada pihak bank, meringankan sebahagian daripada risiko tersebut. Dengan jaminan ini, bank akan berasa lebih selamat dan lebih yakin untuk meluluskan permohonan pinjaman anda.

Anda tidak perlu memohon jaminan ini, sebaliknya hanya perlu membuat permohonan pinjaman seperti biasa kepada institusi kewangan yang terlibat. Jika perniagaan anda dianggap berisiko tinggi, pihak bank akan menghantar permohonan anda kepada SJPP untuk dinilai dan jika layak diberikan jaminan, yuran jaminan adalah rendah iaitu tidak melebihi 1%.

Pendek kata, SJPP memberi jaminan kepada pihak bank bagi pihak kerajaan. Ia membuatkan bank melihat anda sebagai peminjam yang kurang berisiko. Dengan cara ini, usahawan seperti anda yang mungkin berisiko tinggi tetapi mempunyai potensi besar, contohnya seperti syarikat teknologi baharu di Sibu, atau pengusaha perikanan moden di Semporna, boleh mendapatkan akses kepada pembiayaan dengan lebih mudah.

Gambar hiasan. Foto: Reema krtt via Unsplash Mengapa Skim Jaminan Seperti Ini Wujud?

Di kebanyakan negara maju, ]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from I Love Borneo ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description