Bekas pekerja badan berkanun ditahan SPRM kes penyelewengan dana zakat
9 hours ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang bekas pekerja badan berkanun kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan dana zakat.
Wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang semalam.
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM2,500 pada Mac lalu.
Perbuatan tersebut melibatkan penyelewengan peruntukan wang zakat berjumlah RM120,000 yang melibatkan 28 pemohon tidak layak.
Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membenarkan perintah reman selama empat hari terhadap wanita berkenaan sehingga 22 Oktober ini.
Permohonan reman dibuat SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib mengesahkan penahanan tersebut ketika dihubungi.
Beliau memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – Bernama
...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free