Sedania pacu ekonomi gig bernilai RM2 bilion
12 hours ago
PROGRAM Pembiayaan GoHalal (GHP) oleh Sedania As Salam Capital (SASC) berjaya menyalurkan hampir RM2 bilion pembiayaan patuh syariah, sekali gus memperkasa lebih tiga juta tenaga kerja dalam sektor ekonomi gig di Malaysia.Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam Capital, Khairul Nisa Ismail berkata, inisiatif itu dibangunkan bagi memperluas akses kewangan kepada tenaga kerja gig di Malaysia, selain memperkukuh kedudukan syarikat sebagai peneraju fintech Islam."Dengan pembiayaan hampir RM2 bilion disalurkan, GHP mentakrif semula akses kewangan kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan."Melalui kerjasama platform digital utama, inisiatif tersebut menyediakan pembiayaan mikro patuh syariah bagi menstabilkan pendapatan dan memperkasa tenaga kerja ekonomi digital negara," katanya.Mengulas lanjut, Khairul Nisa berkata, tenaga kerja gig di Malaysia kini melebihi tiga juta orang, menjadikannya antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara."Dengan menggabungkan kewangan beretika dalam ekosistem digital, Sedania menjadikan inklusi kewangan sebagai pemacu manfaat kepada individu dan ekonomi keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Inovasi utama Sedania berpaksikan model Meta Financing yang menggabungkan teknologi, tadbir urus syariah dan impak sosioekonomi dalam satu ekosistem kewangan Islam yang telus.Melalui platform dagangan digital As-Sidq Tawarruq Sedania, GoHalal membolehkan rakan digital mengintegrasikan produk kewangan Islam terus ke dalam sistem dengan setiap transaksi dijalankan secara automatik dan mematuhi syariah secara masa nyata.Sedania juga merupakan satu-satunya penyedia fintech Islam di Malaysia yang menggunakan masa siaran sebagai komoditi digital asas, membolehkan transaksi dijalankan 24 jam dengan dokumentasi segera, selain memperluas akses kewangan merentasi segmen institusi dan runcit.Khairul Nisa berkata, program Pembiayaan GoHalal seiring dengan matlamat korporat Sedania iaitu Improving Lives Sustainably yang menekankan kewangan beretika sebagai pemacu impak sosioekonomi melalui pembiayaan bertanggungjawab, literasi kewangan dan akses modal saksama."Model fintech Sedania pula disokong oleh tadbir urus syariah kukuh diketuai Profesor Datuk Dr Aznan Hasan dengan setiap produk GoHalal direka berasaskan integriti syariah bagi memperkukuh kepercayaan dan keyakinan pelabur."Komitmen terhadap inovasi beretika itu turut mengangkat Sedania As Salam Capital sebagai penerima anugerah IFN Best Islamic Technology Provider dalam IFN Service Providers Poll 2025 yang mengiktiraf kepimpinannya dalam pembangunan fintech Islam," ujarnya.Khairul Nisa turut yakin pemerkasaan kewangan perlu dilaksanakan secara inklusif dan berprinsip dengan menekankan inovasi berasaskan nilai syariah dan teknologi."Program Pembiayaan GoHalal bukan sekadar inovasi fintech sebaliknya ekosistem yang mentakrif semula akses modal bagi komuniti kurang diberi perhatian."Kejayaan itu membuktikan kewangan beretika mampu berkembang secara mampan sambil memacu pertumbuhan sosioekonomi jangka panjang," katanya.Dalam pada itu, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Sedania Innovator Berhad, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, ekonomi gig dan digital yang terus berkembang mencerminkan semangat keusahawanan serta daya tahan rakyat."Namun, di sebalik kejayaan itu, masih ramai pekerja gig berdepan ketidaktentuan kewangan antara kitaran permintaan."Justeru, ekosistem GoHalal memainkan peranan penting dengan menyediakan pembiayaan patuh syariah yang bertanggungjawab bagi memperkasa mereka yang menggerakkan ekonomi harian negara," jelas beliau.Tambahnya, dengan infrastruktur digital kukuh, tadbir urus yang dipercayai serta peningkatan penerimaan institusi, Sedania As Salam Capital berada pada kedudukan strategik untuk merebut gelombang pertumbuhan fintech Islam di rantau Asia Tenggara."Dengan menggabungkan keimanan, kewangan dan teknologi, Sedania terus menzahirkan inovasi beretika menjadi nilai nyata untuk individu, pelabur serta ekonomi serantau," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

