Gerakan gesa kerajaan jamin kebebasan media

19 hours ago

Gerakan gesa kerajaan jamin kebebasan media
KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan polis yang sekali lagi memanggil Ketua Editor MalaysiaNow, Abdar Rahman Koya, untuk memberikan keterangan serta merampas telefon bimbit beliau.Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Chai Ko Ting berkata, tindakan itu menimbulkan persoalan serius mengenai komitmen kerajaan terhadap kebebasan media dan tahap toleransi terhadap suara pengawasan.Menurutnya, media adalah institusi penting dalam sistem demokrasi yang berperanan menyampaikan kebenaran, mengawasi kerajaan serta mempertahankan kepentingan rakyat."Apabila siasatan terhadap pengamal media dilakukan berulang kali dan disertai rampasan peranti, ia boleh mewujudkan ‘kesan membungkam', iaitu suasana di mana wartawan berasa takut untuk melaporkan isu-isu berkaitan kepentingan awam, khususnya melibatkan tokoh atau institusi berkuasa," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Ko Ting berkata, sekiranya terdapat laporan yang dipertikaikan ketepatannya, perkara itu wajar diselesaikan melalui proses kehakiman dan undang-undang sivil, bukan melalui pendekatan penyiasatan jenayah yang boleh menjejaskan persepsi terhadap kebebasan media dan integriti kerajaan.Beliau turut mengaitkan isu itu dengan mesyuarat tahunan pertama Majlis Media Malaysia yang diadakan hari ini, dan berharap badan kawal selia bebas berkenaan tampil bersuara bagi mempertahankan kebebasan media serta melindungi wartawan."Ini merupakan ujian penting terhadap keberkesanan dan kebebasan institusi tersebut dalam memastikan media tidak ditekan atau diganggu," ujarnya.Ko Ting turut menggesa pihak polis dan Kementerian Komunikasi memberi penjelasan telus mengenai asas undang-undang siasatan itu bagi mengelak wujudnya spekulasi, persepsi salah guna kuasa atau campur tangan politik."Kerajaan yang benar-benar bersedia menerima kritikan dan semakan awam sahaja layak diyakini rakyat. Kebebasan media bukan sekadar slogan, tetapi prinsip asas demokrasi yang mesti dipertahankan tanpa kompromi," tegasnya.Gerakan, katanya, menyeru Kerajaan Perpaduan membuktikan komitmen terhadap prinsip berkenaan melalui tindakan konsisten serta memastikan media dapat beroperasi secara bebas, berani dan adil dalam memperjuangkan kebenaran demi rakyat dan negara....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description