Tujuh saman difailkan terhadap OpenAI atas dakwaan kes bunuh diri dikaitkan ChatGPT - Laporan
16 hours ago
WASHINGTON - Beberapa keluarga di Amerika Syarikat dan Kanada memfailkan saman terhadap OpenAI, dengan sebahagian mendakwa yang ahli keluarga mereka membunuh diri selepas berinteraksi dengan chatbot ChatGPT, lapor The Wall Street Journal yang dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.Menurut laporan itu, tujuh saman difailkan pada Khamis di mahkamah California, mendakwa yang perbualan berpanjangan dengan chatbot itu mencetuskan keadaan khayalan pada sesetengah individu sehingga membawa kepada kejadian bunuh diri.Aduan yang difailkan menyatakan yang empat individu membunuh diri selepas berhubung dengan chatbot itu, menurut laporan akhbar berkenaan.Plaintif menuntut pampasan kewangan serta perubahan terhadap cara operasi ChatGPT. Secara khusus, mereka menuntut agar perbualan ditamatkan secara automatik sekiranya kaedah bunuh diri dibincangkan, menurut laporan itu lagi.OpenAI, yang membangunkan ChatGPT, mula mendapat perhatian ramai selepas pelancarannya pada akhir November 2022, apabila ia mencapai satu juta pengguna dalam tempoh seminggu.Elon Musk bilionair Amerika Syarikat, antara pengasas bersama OpenAI pada 2015, namun kemudian memutuskan hubungan dengan syarikat itu. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

