Polis buru individu curi beg dalam masjid
16 hours ago
KOTA TINGGI - Polis memburu seorang individu yang disyaki mencuri beg milik seorang wanita dalam Masjid Al-Husna, di Bandar Tenggara di sini pada Rabu lalu.Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada seorang wanita pada jam 9.36 malam."Polis turut terkesan dengan satu hantaran mengenai kecurian itu yang dimuat naik di laman Facebook oleh pemilik akaun ‘Mohamad Hariz Mohd Nor’ pada jam 9 pagi Jumaat."Satu kertas siasatan sudah dibuka di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sementara itu Yusof berkata, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar segera berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Saiful Said di talian 018-7637969."Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungu hotline IPD Kota Tinggi di talian 07-8831222 bagi membantu siasatan," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

