PM Modi ucap takziah, arah bantuan penuh tragedi kemalangan bas umrah di Madinah

14 hours ago

PM Modi ucap takziah, arah bantuan penuh tragedi kemalangan bas umrah di Madinah
NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi menyatakan rasa sedih yang mendalam susulan tragedi kemalangan bas di Arab Saudi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 42 jemaah umrah dari India, kebanyakannya dari Telangana.Kemalangan berhampiran Madinah itu berlaku apabila bas yang membawa jemaah bertembung dengan sebuah lori tangki diesel dan terbakar.Dalam kenyataannya, Modi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan pemulihan segera bagi mereka yang cedera.Beliau menegaskan bahawa Kedutaan India di Riyadh serta Konsulat Jeddah sedang memberikan bantuan penuh kepada semua yang terjejas.Menurutnya, pegawai India kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk mempercepat proses pengesahan identiti dan pengurusan jenazah.Kerajaan India turut mengaktifkan pusat kawalan kecemasan 24 jam bagi memudahkan keluarga mendapatkan maklumat. Talian hotline khusus juga dibuka untuk waris yang ingin membuat semakan mengenai mangsa.Pasukan konsulat difahamkan sedang bekerja tanpa henti bagi menyelaras maklumat, dokumentasi dan persiapan membawa pulang jenazah ke India.Maklumat awal menunjukkan sekurang-kurangnya 16 mangsa adalah warga Hyderabad, termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka difahamkan dalam perjalanan kembali ke Madinah selepas menunaikan ibadah umrah di Makkah pada hari kejadian.Ahli Parlimen Hyderabad, Asaduddin Owaisi turut menghubungi Kedutaan India bagi memastikan proses membawa pulang jenazah disegerakan.Tragedi ini mencetuskan suasana pilu dalam komuniti India, khususnya di Telangana yang terjejas paling besar. Sumber kerajaan memaklumkan bahawa Modi mengikuti perkembangan kes secara rapat dan meminta semua urusan berkait keluarga mangsa dipermudah tanpa kelewatan birokrasi.Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi meneruskan siasatan menyeluruh mengenai insiden yang menyebabkan bas tersebut hangus terbakar sepenuhnya.India berikrar memastikan setiap mangsa dibawa pulang dengan penuh penghormatan sebaik proses identiti disahkan sepenuhnya.- Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description