'Empat tahun tunggu, hancur hati tengok anak kena macam tu'
1 day ago
KUALA LUMPUR – Luahan pilu seorang ibu yang mendakwa bayinya menjadi mangsa penderaan di sebuah taska di Desa Petaling di sini mencetuskan kemarahan orang ramai, sekali gus membawa kepada penahanan seorang pengasuh bagi membantu siasatan polis.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis membabitkan kes penderaan terhadap bayi berusia enam dan sembilan bulan.Menurut beliau, seorang wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengasuh telah ditahan pada 16 Disember lalu bagi membantu siasatan."Suspek ditahan untuk siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur."Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Tambah beliau, siasatan awal mendapati hanya seorang suspek terlibat dalam kes berkenaan.Kes itu terbongkar selepas satu rakaman video tular di media sosial Threads, memaparkan tindakan dua wanita dipercayai pengasuh yang didakwa bertindak kasar terhadap beberapa bayi, termasuk menampar dan mencampak mangsa di pusat jagaan tersebut.Rakaman berkenaan mengundang kemarahan netizen selain mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak di pusat asuhan.Seorang pengguna Threads, @liyanazulkifli, mendakwa bayinya yang baru berusia enam bulan turut menjadi mangsa penderaan fizikal oleh pengasuh taska berkenaan."Anak saya baru enam bulan, tak tahu apa-apa."Empat tahun tunggu, sembilan bulan aku kandungkan dia. Hancur hati tengok anak kena macam tu," katanya dalam hantaran yang dimuat naik di platform berkenaan.Luahan tersebut menerima pelbagai reaksi simpati dan kecaman, dengan ramai mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat demi melindungi keselamatan kanak-kanak....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

