IQ kanak-kanak Indonesia hanya 78, bekas menteri didakwa punca

1 day ago

IQ kanak-kanak Indonesia hanya 78, bekas menteri didakwa punca
JAKARTA – Peguam Pendakwa Raya mendakwa bahawa kegagalan program digitalisasi pendidikan melalui pemberian komputer riba Chromebook di bawah dasar bekas Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi, Nadiem Makarim, telah menyumbang kepada kejatuhan tahap Indeks Kecerdasan (IQ) anak-anak Indonesia, iaitu purata 78.Ketua Peguam Pendakwa Raya, Roy Riady berkata, dasar pemberian itu sepanjang 2019 hingga 2022 dikritik kerana dibuat tanpa kajian mendalam dan tidak berpandukan Rancangan Pembangunan Jangka Menengah Nasional (RPJMN) 2020–2024, yang menetapkan peningkatan kualiti sumber manusia sebagai salah satu fokus utama.Peranti itu juga gagal dimanfaatkan sepenuhnya di kawasan terpencil, kerana capaian internet tidak stabil, sekali gus menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran."Program digitalisasi pendidikan ini tidak berkesan. Proses belajar dan mengajar terganggu dan berdasarkan data IQ anak-anak Indonesia pada 2022, purata hanya 78," kata Roy Riady selepas persidangan di Mahkamah Jenayah Khas Korupsi, Jakarta Pusat, Selasa.Kes ini turut melibatkan tuduhan bahawa pengurusan program tersebut menyebabkan kerugian negara dianggarkan 2.1 trilion rupiah (RM609 juta).Nadiem dan beberapa individu lain didakwa di bawah undang-undang berkaitan rasuah dan salah urus dana kerajaan, dengan Nadiem dijadual menghadiri sesi pembacaan dakwaan pada 5 Januari 2026 selepas ditangguhkan kerana masih menjalani rawatan perubatan.Peguam Pendakwa Raya menegaskan bahawa tahap IQ yang rendah dilihat sebagai salah satu indikator kualiti sumber manusia dan kegagalan program Chromebook menandakan kelemahan dalam dasar pendidikan yang sepatutnya 'mencerdaskan kehidupan bangsa'.- Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description