Land Rover Defender Heritage Edition terakhir untuk dibida, seperti keluar kilang!

8 days ago

Land Rover Defender Heritage Edition terakhir untuk dibida, seperti keluar kilang!
Sebuah Land Rover Defender dengan nilai sejarah penting kini ditawarkan kepada pengumpul global menerusi platform dalam talian Collecting Cars.

Unit ini merupakan Defender Heritage Edition terakhir yang dihasilkan, serta Defender keempat terakhir daripada semua varian.

Ia bukan sahaja menandakan penamat era Defender klasik, malah hadir dengan tahap keaslian dan dokumentasi yang jarang ditemui.

Defender Terakhir Dari Barisan Pengeluaran

Land Rover Defender 90 Heritage Edition ini dihasilkan pada 29 Januari 2016, iaitu hari terakhir pengeluaran Defender klasik.

Ia disahkan sebagai model Heritage terakhir yang meninggalkan kilang, sekali gus menjadikannya antara Defender paling penting pernah dihasilkan.

Sejak dari baharu, unit ini hanya mencatatkan 4,597 batu (7.4 ribu km) dan dimiliki oleh seorang pemilik persendirian sahaja.

Edisi Warisan Berinspirasikan HUE 166

Defender Heritage Edition dihasilkan bagi meraikan HUE 166, prototaip pra-pengeluaran Series I Land Rover pertama dari tahun 1947.

Edisi ini menutup tirai pengeluaran Defender klasik, dengan hanya 400 unit diperuntukkan untuk pasaran UK.

Disebabkan jumlah yang sangat terhad serta status binaan kilang, model ini menjadi buruan pengumpul, termasuk satu contoh dengan perbatuan penghantaran yang terjual pada harga enam angka pada tahun 2023.

Reka Bentuk Luaran Ikonik Heritage Edition

 

Unit ini disiapkan dalam warna Grasmere Green metallic dengan bumbung Alaska White, mengekalkan semua ciri visual khas Heritage Edition, termasuk:

Gril dan sekeliling lampu hadapan gaya warisan Rim keluli tugas berat (heavy duty) berwarna badan Bampar hadapan perak dengan penutup hujung hitam Lampu isyarat jernih Engsel pintu Indus Silver Lencana warisan aluminium pada gril dan bahagian belakang Grafik HUE 166 pada fender hadapan

Kesemua elemen ini menyumbang kepada penampilan klasik yang autentik dan dikenali peminat Defender.

Kabin Klasik Dengan Sentuhan Premium

Bahagian dalaman menggabungkan ketahanan tradisional Defender dengan kemasan lebih halus. Antara kelengkapan yang dikekalkan termasuk:

Stereng, tuil gear dan brek tangan berbalut kulit berlubang Kemasan Bright Aluminium pada liang udara dan panel pintu Kerusi Almond Resolve Cloth dengan logo warisan dan tag HUE 166 Alas lantai getah dan kotak simpanan berlapik

Dokumentasi Lengkap

Defender ini masih dalam keadaan asal dan sangat terpelihara. Ia didatangkan dengan fail dokumentasi lengkap, termasuk bukti pemilikan tunggal serta beberapa artikel liputan majalah yang mengesahkan kepentingan sejarah dan keasliannya.

Status Bidaan Semasa

Setakat 3:03 petang pada 29 December 2025, bidaan semasa bagi Land Rover Defender 90 Heritage Edition ini berada pada harga £65,000 (RM356,940).

Bidaan terbuka kepada pembeli antarabangsa, dengan lelongan tujuh hari akan berakhir pada 30 Disember, secara eksklusif menerusi platform Collecting Cars.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Engear TV ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description