Ringgit susut didorong sentimen elak risiko dan kekuatan dolar AS
1 day ago
Ringgit dibuka rendah pada 4.0580/0680 berbanding dolar AS susulan langkah elak risiko global dan minit mesyuarat FOMC yang menyokong dolar KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pada Isnin berikutan sentimen berhati-hati dalam pasaran global.
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0580/0680 berbanding dolar AS daripada 4.0515/0560 semasa penutupan Jumaat lepas.
Pengarah Strategi Pelaburan IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, berkata tempoh pengurangan risiko lazimnya menyaksikan aliran modal beralih kepada dolar AS sebagai aset selamat.
“Serangan terkini AS ke atas Venezuela telah menambah kepada sentimen menghindari risiko,” katanya kepada Bernama.
Beliau menambah situasi itu meningkatkan ketidaktentuan geopolitik yang cenderung mengukuhkan permintaan terhadap aset AS.
Pada masa sama, minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada Disember turut menyokong pengukuhan dolar.
Minit tersebut menunjukkan perbezaan pandangan dalam kalangan ahli jawatankuasa mengenai hala tuju kadar faedah.
“Pendekatan Rizab Persekutuan AS yang lebih berhati-hati ini telah meningkatkan jangkaan hasil bon AS, meluaskan jurang kadar faedah dan menambah tekanan ke atas ringgit,” jelas Mohd Sedek.
Pada sesi pembukaan, ringgit juga diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang utama.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.5845/5911 daripada 2.5817/5848.
Ringgit turut rendah berbanding pound Sterling kepada 5.4527/4662 daripada 5.4509/4569 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7499/7616 daripada 4.7488/7540.
Berbanding mata wang ASEAN, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1506/1586.
Ia juga merosot berbanding peso Filipina kepada 6.89/6.91.
Namun, ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8662/9073 dan mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 242.6/243.3.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
