Amanz

1 day ago

Amanz
Hampir kesemua pelayar web, aplikasi dan sistem operasi moden mempunyai integrasi sistem kecerdasan buatan (AI) kerana ia adalah trend semasa. Ramai menggunakan AI bagi meningkatkan produktiviti tetapi ada juga segelintir yang langsung tidak mahu menggunakannya atas sebab peribadi. Oleh itu Mozilla mengumumkan ciri AI Controls yang memberikan pilihan kepada pengguna untuk mematikan ciri AI.

Pengguna boleh mematikannya semua ciri AI yang terbina atau hanya mengaktifkan ciri yang diperlukan sahaja. Apabila dimatikan, Firefox tidak lagi akan menerima saranan atau peringatan ciri-ciri AI yang boleh digunakan. Selepas tetapan dilakukan, ia akan disimpan ke profil dengan tetapan tidak perlu dilakukan sekali lagi apabila Firefox dipasang di peranti baharu.

Ciri AI yang kini ditawarkan oleh Firefox ialah terjemahan AI untuk membaca laman web dalam bahasa pilihan, chatbot terbina yang menyokong Claude, ChatGPT, Microsoft Copilot, Google Gemini, dan Le Chat Mistral. Turut disertakan ialah Firefox mengumpul tab terbuka secara automatik mengikut kandungan dan teks alternatif terus di dalam PDF.

Ciri AI Controls mengawal ciri-ciri AI ini boleh digunakan dalam Firefox 148 yang akan diberikan pada 24 Februari kelak.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description