Kena marah ponteng tuisyen, dua beradik lari rumah

17 hours ago

Kena marah ponteng tuisyen, dua beradik lari rumah
BENGALURU – Hanya kerana dimarahi ponteng kelas tuisyen, dua beradik berusia 13 dan 9 tahun nekad melarikan diri dari rumah dengan menaiki bas di Ashwath Nagar, Bengaluru, IndiaNDTV melaporkan kejadian itu berlaku pada jam 3 petang 1 Februari lepas apabila kakak dan adik tersebut meninggalkan rumah keluarga tanpa pengetahuan ibu bapa.Difahamkan, mereka berasa kecewa selepas dimarahi kerana enggan menghadiri kelas tambahan berkaitan pelajaran.Kedua-duanya kemudian keluar dari kediaman di Marathahalli dan menaiki bas ke beberapa kawasan lain bagi menjauhkan diri daripada rumah.Remaja perempuan berusia 13 tahun itu membawa kad Aadhaar miliknya dan menggunakan Skim Shakti yang menyediakan perjalanan bas percuma kepada wanita serta kanak-kanak perempuan dalam bas kerajaan di Karnataka.Adiknya pula dilaporkan menaiki bas tanpa tiket sepanjang perjalanan tersebut.Mereka dipercayai bergerak melalui beberapa daerah termasuk Shivamogga dan Chitradurga, sekali gus meletakkan jarak hampir 200 km antara mereka dengan rumah keluarga.Kehilangan dua beradik itu disedari ibu bapa sebelum laporan orang hilang dibuat di sebuah balai polis bagi mendapatkan bantuan mengesan mereka.Polis kemudian memaklumkan kes berkenaan kepada balai-balai lain di seluruh Karnataka selain menyebarkan gambar serta maklumat kedua-dua kanak-kanak itu menerusi media sosial.Hebahan tersebut membawa kepada maklumat daripada orang awam di Chitradurga yang memaklumkan lokasi mereka selepas terlihat dua beradik berkenaan.Bertindak atas maklumat diterima, polis berjaya mengesan kedua-dua kanak-kanak itu sebelum membawa mereka pulang ke Bengaluru.Mereka kemudian dibawa ke balai polis dan disatukan semula dengan ibu bapa dalam keadaan selamat....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description