Kegagalan cerun boleh jejas sistem komunikasi keselamatan, rangkaian digital setempat
17 hours ago
KUALA LUMPUR – Kegagalan mengurus risiko cerun bukan sahaja berpotensi mencetuskan gangguan teknikal, malah boleh memberi kesan berantai terhadap sistem komunikasi keselamatan serta rangkaian digital setempat.Sehubungan itu, kerja-kerja baik pulih cerun di laluan Frekuensi Sangat Tinggi (VHF) Telapak Buruk di Jelebu, Negeri Sembilan dilaksanakan sebagai langkah strategik kerajaan bagi memperkukuh keselamatan infrastruktur kritikal negara, khususnya di kawasan pedalaman.Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama Sdn Bhd, Datuk Marhalim Mohamed berkata, syarikat itu selalu kontraktor utama, bertanggungjawab melaksanakan pembaikan cerun di sepanjang laluan berkenaan bagi mengurangkan risiko tanah runtuh serta memastikan akses penyelenggaraan ke kemudahan komunikasi dapat diteruskan.Menurut beliau, sekiranya cerun berisiko tinggi di sepanjang laluan tersebut tidak dikenal pasti dan ditangani lebih awal, ia boleh mencetuskan kesan domino dengan implikasi langsung kepada sistem komunikasi keselamatan dan perkhidmatan digital setempat."Sebarang kegagalan cerun bukan sahaja menjejaskan akses ke menara komunikasi, malah berpotensi menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan digital kritikal serta meningkatkan kos pemulihan yang tidak dijangka," katanya dalam satu kenyataan.Majlis penyerahan projek itu disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang turut mengadakan lawatan rasmi ke beberapa lokasi cerun yang telah siap dibaik pulih di sepanjang laluan VHF berkenaan.Dalam ucapannya, Alexander merakamkan penghargaan kepada Pintas Utama atas pelaksanaan projek yang disifatkan cekap, berkesan dan mematuhi piawaian ditetapkan."Syabas dan terima kasih kepada kontraktor Pintas Utama atas komitmen tinggi serta usaha berterusan memastikan projek ini disiapkan mengikut tempoh masa dan spesifikasi yang telah ditetapkan," katanya.Projek pembaikan cerun itu dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bermula 24 November 2022 dan disiapkan sepenuhnya pada 14 Oktober 2025 dengan kos keseluruhan RM109 juta.Ia melibatkan 36 Arahan Kerja merangkumi 124 lokasi cerun di sepanjang jajaran sejauh 11 kilometer, termasuk cerun berisiko tinggi, sederhana dan rendah.Majlis penyerahan projek itu turut mencerminkan komitmen berterusan JKR Negeri Sembilan dan Daerah Seremban bersama kontraktor utama dalam memastikan keselamatan cerun di lokasi strategik yang memberi kesan langsung kepada keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat setempat.Kapsyen:Marhalim (dua dari kiri) memberi penerangan kepada Alexander (tengah) pada Majlis Penyerahan Pembaikan Cerun Laluan VHF Telapak Buruk di Dataran Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

