Gaza menerima 54 mayat rakyat Palestin, puluhan sisa jasad selepas berada dalam tahanan Israel

15 hours ago

Gaza menerima 54 mayat rakyat Palestin, puluhan sisa jasad selepas berada dalam tahanan Israel
GAZA CITY – Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan pada Rabu bahawa sebanyak 54 mayat rakyat Palestin dan 66 kotak berisi sisa jasad manusia telah dibawa masuk ke Genting Gaza selepas dibebaskan oleh Israel, dengan penghantaran dilakukan melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi (AA).Menurut kementerian itu, semua mayat dan sisa jasad berkenaan tiba di Kompleks Perubatan Al-Shifa menaiki kenderaan Palang Merah, sebelum pasukan perubatan segera menjalankan pengendalian forensik mengikut prosedur perubatan yang diluluskan.Katanya, proses pemeriksaan dan dokumentasi sedang dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan serta jawatankuasa khas, sebelum membenarkan ahli keluarga membuat pengecaman identiti mengikut protokol yang ditetapkan.Dalam pada itu, tentera Israel didakwa terus melanggar perjanjian gencatan senjata berperingkat yang berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu, walaupun Amerika Syarikat mengumumkan pada Januari bahawa fasa kedua perjanjian tersebut telah bermula.Fasa berkenaan merangkumi pengunduran tambahan tentera Israel dari Gaza serta pelancaran usaha pembinaan semula, yang dianggarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menelan kos kira-kira AS$70 bilion (RM329 bilion)Gencatan senjata itu menamatkan serangan ketenteraan Israel yang bermula pada Oktober 2023 dan berlarutan selama dua tahun, mengorbankan hampir 72,000 rakyat Palestin serta mencederakan lebih 171,000 yang lain, selain memusnahkan kira-kira 90 peratus infrastruktur di Gaza. - Bernama  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description