IOI Properties jual tiga plot tanah industri di Banting bernilai RM740.68 juta
12 hours ago
SHAH ALAM - IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mencatatkan kecemerlangan apabila menjual tiga plot tanah perindustrian di IOI Industrial Park @ Banting dengan nilai RM740.68 juta, baru-baru ini.Perjanjian jual beli membabitkan tanah seluas 136.03 ekar itu dimeterai antara anak syarikat milik penuh IOIPG, Fortune Growers Sdn Bhd dengan Bridge Data Centres Malaysia VII Sdn Bhd (BDC) pada 29 Januari lalu.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOIPG, Datuk Lee Yeow Seng berkata, pengambilalihan tanah oleh BDC bertujuan mengembangkan lagi model perniagaan pusat data syarikat berkenaan."Ini bukti keyakinan pelanggan terhadap kualiti taman perindustrian yang dibangunkan oleh IOIPG."Lokasi strategik taman perindustrian kami seluas 322 ekar, terletak berhampiran dengan lebuh raya utama dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Pelabuhan Klang merupakan faktor pilihan yang kukuh."Dengan adanya infrastruktur yang lengkap dan sedia ada di IOI Industrial Park @ Banting, beban untuk memulakan operasi diringankan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Majlis menandatangani perjanjian turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi IOIPG (Pembangunan Hartanah Malaysia), Teh Chin Guan manakala bagi pihak BDC pula ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Eric Fan dan Presidennya, Sandy Xiao selaku saksi.Yeow Seng menambah, penubuhan siri IOI Industrial Park pada 2024 selari inisiatif pembinaan negara seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) serta usaha kolaboratif bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Invest Selangor dan pihak berkepentingan.Jelasnya, perubahan strategik sedemikian tepat pada masanya bagi pengembangan segmen Pembangunan Hartanah Kumpulan.Dalam perkembangan berkaitan, kata Yeow Seng, siri IOI Industrial Park selain IOI Industrial Park @ Banting iaitu IOI Industrial Park @ Melaka seluas 250 ekar kini dalam proses untuk mendapatkan kelulusan yang berkaitan."IOI Industrial Park @ Iskandar Malaysia yang bersepadu seluas 1,100 ekar, terletak dalam Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) berpotensi untuk diperluaskan lagi keluasan tanahnya berikutan peningkatan permintaan dan pelaburan."Melangkah ke hadapan, walaupun sektor taman perindustrian kekal kompetitif, beberapa sektor tertentu seperti logistik dan pergudangan mencatat pertumbuhan memberangsangkan di Malaysia."Ia berikutan laluan perdagangan Selat Melaka serta kewujudan pelabuhan laut dan udara yang bagus, termasuk infrastruktur negara yang diselenggara dengan baik, kebolehcapaian dan kesalinghubungan antarabangsa," ujarnya.Kata Yeow Seng lagi, data penyelidikan daripada 'Mordor Intelligence' memaklumkan bahawa pasaran pengangkutan di negara ini dijangka mencapai nilai AS$38.28 bilion menjelang 2030, berpotensi menyebabkan peningkatan ketara dalam permintaan bagi sektor logistik."Kami sedang mempertimbangkan pembangunan kemudahan gudang logistik seluas 500,000 kaki persegi di IOI Industrial Park @ Banting serta satu kemudahan yang serupa di IOI Industrial Park @ Iskandar Malaysia."Kemudahan ini berkemungkinan disewakan untuk jangka panjang kepada rakan logistik terpilih. Ini sebahagian daripada strategi kami bagi memperkukuh portfolio pendapatan berulang segmen Pelaburan Hartanah Kumpulan dalam tempoh beberapa tahun akan datang," jelas beliau....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

