Jet tempur AS 'siap siaga', perang AS-Iran kian hampir?
12 hours ago
WASHINGTON - Imej satelit mendedahkan peningkatan mendadak pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) di pangkalan seluruh Eropah dan Asia Barat, ketika ketegangan dengan Iran terus memuncak.The Washington Post memetik data pengesanan pesawat mendedahkan Washington telah meningkatkan kehadiran mereka secara pesat berhampiran Iran."Lebih 150 pesawat kini 'siap siaga' sejak pusingan kedua rundingan nuklear berakhir tanpa sebarang kesepakatan dicapai pada 17 Februari lalu."Ia merupakan penempatan terbesar sejak sebelum Perang Iraq meletus lebih dua dekad lalu. Jumlah itu juga mengatasi persediaan aset ketenteraan ketika perang selama 12 hari yang menyasarkan kemudahan nuklear Iran pada Jun 2025."Aset-aset yang sedang dikumpulkan menunjukkan kemungkinan kempen ketenteraan untuk tempoh beberapa hari tanpa pencerobohan darat," jelas laporan itu lagi.Sementara itu, bekas Timbalan Pembantu Setiausaha Pertahanan bagi Asia Barat, Dana Stroul berpendapat tahap kekuatan yang besar itu membolehkan tentera AS melaksanakan apa sahaja yang diputuskan oleh Trump sama ada kempen berterusan yang bersifat kinetik tinggi atau serangan terhad dan lebih fokus.Sejak bulan lalu, Washington mengerahkan lebih 12 kapal perang ke Asia Barat diketuai USS Abraham Lincoln.Ketika banyak pihak mula berteka-teki dengan strategi sebenar AS, seorang pegawai Israel mendakwa kempen ketenteraan Washington ke atas Iran semakin hampir.Tel Aviv juga dikatakan bersedia untuk menyediakan barisan hadapan tambahan kononnya jika wujud senario mendesak.Rumah Putih pula memaklumkan Trump masih memilih saluran diplomasi sebagai pilihan pertama untuk mengelakkan sebarang konfrontasi ketenteraan meskipun pemimpin Republikan itu berulang kali mengugut Teheran supaya menghentikan program nuklear mereka.Difahamkan pusingan ketiga rundingan AS-Iran akan berlangsung di Geneva pada Khamis yang bakal jadi penentu kepada perkembangan konflik antara kedua-dua negara tersebut. Teheran dikatakan bersedia untuk membentangkan cadangan baharu kepada Washington. - Agensi ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

