CBP catat untung RM131.13 juta tahun 2025
11 hours ago
CO-OPBANK Pertama (CBP) terus mencatatkan prestasi kewangan cemerlang dengan merekodkan keuntungan RM131.13 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, meningkat 5.6 peratus berbanding RM124.19 juta pada tahun sebelumnya.Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, keuntungan tersebut dipacu oleh beberapa faktor utama merangkumi pertumbuhan kukuh dalam segmen perbankan runcit dan pembiayaan peribadi.Menurutnya, prestasi positif dalam perniagaan perbankan terus menjadi penyumbang utama kepada peningkatan pendapatan, disokong oleh pertumbuhan portfolio pembiayaan dan pengurusan kos yang lebih cekap."Dalam masa sama, segmen runcit mencatatkan permintaan yang memberangsangkan, manakala pembiayaan peribadi menunjukkan peningkatan ketara susulan permintaan pengguna yang stabil."Selain itu, perniagaan Ar-Rahnu turut menyumbang kepada lonjakan keuntungan."Portfolio pembiayaan perumahan juga meningkat daripada RM400 juta kepada hampir RM700 juta, sekali gus memperkukuh asas pendapatan kumpulan dan menyokong pertumbuhan keuntungan secara keseluruhan," katanya ketika sidang media di sini pada Rabu.Beliau menambah, aset CBP turut menunjukkan peningkatan sebanyak 12.8 peratus iaitu daripada RM12.84 bilion kepada RM14.48 bilion."Walaupun berdepan ketidaktentuan pasaran global sepanjang tahun 2025, CBP masih berjaya mencatatkan prestasi cemerlang."Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, dana pemegang syer CBP meningkat 7 peratus daripada RM1.92 bilion kepada RM1.94 bilion pada tahun sama," katanya.Dalam masa yang sama, Khairil Anuar berkata, sukuk pertama CBP dijangka dilancarkan pada suku kedua 2026 dengan sasaran antara RM400 juta hingga RM1 bilion bergantung kepada keadaan pasaran, keperluan pelabur dan keperluan mudah tunai CBP.Katanya, CBP turut memperkukuh jenamanya dengan memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan baharu seperti Pembiayaan Auto-i dan Takaful Travel yang dapat mengukuhkan jenama CBP dalam industri kewangan negara."CBP dilihat mampu untuk terus berdaya saing dengan institusi kewangan lain dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan pada kadar yang kompetitif," katanya.Menyentuh soal dividen, Khairil Anuar menyifatkan prestasi pembayaran dividen syarikat dijangka kukuh dan memuaskan.Beliau memberi jaminan kadar dividen yang bakal diagihkan pada Jun adalah kompetitif berbanding penanda aras industri serta mencerminkan kedudukan kewangan yang sihat.Bagaimanapun, beliau menegaskan buat masa ini tiada keperluan untuk CBP membuka saham baharu."Mungkin pertimbangan itu hanya akan dibuat sekitar 2029 atau 2030."Ini kerana kami mengambil pendekatan pertumbuhan yang perlahan tetapi konsisten (slow and steady), dengan fokus kepada kestabilan jangka panjang."Buat masa ini, kami berpandangan tahap modal sedia ada adalah mencukupi dan efisien untuk menyokong operasi serta perkembangan perniagaan," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

