Amanz
1 day ago

Menurut laporan media Korea , Apple dikatakan memberi RAM LPDDR5X keluaran Samsung walaupun harga dinaikkan sebanyak 100%. Eksekutif Apple yang bertemu wakil Samsung terus bersetuju dengan harga yang diminta tanpa tawar menawar terlebih dahulu. Eksekutif Samsung pula terkejut kerana mereka hanya ingin menaikkan harga sebanyak 60% dan meletakkan peningkatan 100% untuk memulakan perbincangan harga akhir.
Ini adalah menguntungkan kepada Samsung kerana hanya mereka dan beberapa syarikat lain sahaja adalah pengeluar RAM LPDDR5X di dunia. Maka tidak mengejutkan pendapatan Samsung Device Solutions yang menghasilkan RAM meningkat 565% pada Q4 2025 berbanding suku sama tahun lalu.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

