Amanz

22 hours ago

Amanz
Pelancaran Samsung Galax S26, Galaxy S26+ dan Galaxy S26 Ultra memberikan kita gambaran teas kepada trend telefon pintar mercu yang akan dilancarkan tahun ini khususnya dalam kelas mercu. Pertama sekali kita perlu menyentuh isu gajah di depan mata sekarang iaitu harga jualan yang meningkat. HARGA MENINGKAT MENDADAK

Samsung sudah memberikan amaran mengenai harga peranti akan meningkat sejak Disember lagi. Walaupun mereka mengeluar modul RAM dan SSD sendiri, Samsung masih sebuah syarikat yang membekalkan juga komponen sama kepada pelanggan lain. Harga jualan model Galaxy S26 berbanding Galaxy S25 adalah seperti di bawah.

RAM/StoranSamsung Galaxy S25 UltraSamsung Galaxy S26 UltraPerbezaan Harga(12+512 GB)RM 6599 (12+512 GB)RM 6799 (12+512 GB)RM 200(12+1000 GB)RM 7799 (12+1000 GB)RM 7999 (16+1000 GB)RM 200RAM/StoranSamsung Galaxy S25+ Samsung Galaxy S26+Perbezaan Harga(12+512 GB)RM 5599(12+512 GB)RM 6199 (12+512 GB)RM 600RAM/StoranSamsung Galaxy S25+ Samsung Galaxy S26+Perbezaan Harga(12+512 GB)RM 4599(12+512 GB)RM 5199 (12+512 GB)RM 600

Perbezaan harga adalah amat besar iaitu RM600 pada model asas berbanding model Ultra yang hanya berbeza RM200.

Samsung sendiri tidak mampu menanggung kos peningkatan harga RAM dan akibatnya harga jualan tahun ini pada model paling asas sekalipun mencecah RM5000 sebuah. Kami laporkan hari ini Apple masih bersetuju membeli RAM daripada Samsung walaupun harga jualan naik 100% semata-mata untuk memastikan terdapat bekalan mencukupi untuk peranti mereka.

Maka dapatlah diramalkan peningkatan harga yang sama akan dapat dilihat pada iPhone dan pengeluar telefon pintar Android lain di pasaran. Kita masih di bulan Februari dan harga RAM dijangka akan meningkat lagi sehingga sekurang-kurangnya 2028. Maka bersedialah untuk membayar harga lebih tinggi untuk peranti baharu bermula hari ini.

EJEN AI

Ejen AI Google Gemini menjadi taruhan Samsung tahun ini dengan ia boleh melakukan beberapa tugasan membeli makanan, barang dapur dan memanggil perkhidmatan serupandu seperti Uber dengan hanya arahan suara. Pemilik sendiri tidak perlu membuka aplikasi kerana semua dilakukan oleh ejen.

Tahun lalu AI generatif menjadi taruhan pengeluar, tahun ini ejen AI akan menjadi KSP utama kerana ia ciri yang paling inovatif tahun ini. Ejen AI Gemini masih lagi agak terhad kemampuannya (dan terhad juga di Amerika dan Korea Selatan sahaja) tetapi jika OpenClaw boleh dijadikan kayu pengukur, kemampuan Gemini akan ditambah di masa hadapan.

Kemampuan ejen AI Gemini yang diperlihatkan awal pagi tadi ialah yang dijanjikan serta diiklankan Apple Intelligence dua tahun lalu yang sehingga sekarang belum wujud. Bila Google, Samsung dan Apple masuk ke dalam gelanggang tahun ini, trend menyokong ejen AI akan turut diikuti oleh pengeluar Android lain.

STORAN BESAR SAHAJA

Semua model tahun ini bermula dengan storan 512GB tanpa sebarang penawaran 256GB walaupun pada model Galaxy S26 yang paling asas. Soalannya mengapa? Pertama sekali tahun demi tahun jualan siri Galaxy S Ultra adalah paling tinggi dalam kalangan tiga model yang ditawarkan. Dengan bekalan RAM amat terhad, Samsung perlu lebih bijak memberikan keutamaan pilihan model ke pasaran Malaysia.

Sebab kedua ialah tahun ini juga akan menjadi tahun pelbagai model AI akan boleh dijalankan terus daripada peranti kemampuan TOPS NPU yang semakin tinggi. Saya melihat sendiri demo AI terbina dalam peranti yang dilakukan Qulacomm di beberapa Snapdragon Summit sejak empat tahun lalu. Memang lebih pantas berbanding yang memerlukan sambungan internet. Wakil Qualcomm meramalkan dalam masa terdekat, pemilik peranti akan memilih model yang ingin digunakan tanpa terhad kepada Gemini sahaja.

Model AI yang paling kecil sekalipun memerlukan ruang storan yang besar. Gemini sahaja memerlukan 4.5 GB. Ini belum lagi model AI Samsung sendiri. Jelas 128GB tidak lagi serasi dengan keperluan storan semasa dan berkubur seperti pilihan 65GB beberapa tahun lalu.

Trend tahun ini ialah memberikan pilihan yang lebih sedikit kepada orang ramai. Hanya model paling mercu akan menerima sekurang-kurangnya dua pilihan storan. Syarikat pengeluar peranti yang lebih kecil akan menawarkan pilihan model lebih terhad. Ini adalah malang buat pengguna tetapi inilah impak disebabkan perang AI yang sedang berlangsung sekarang.

SKRIN PRIVASI

Akhir sekali ialah teknologi Privacy Screen pada Galaxy S26 Ultra akan menjadi ikutan peranti mercu Android lain. Ianya unik dan berguna. Saya yakin saya bukan insan tunggak benci skrin diintai oleh orang sekeliling kerana ia melanggar privasi.

Bukan lagi rahsia teknologi ini akan ditawarkan kepada pelanggan Samsung yang lain dengan ia akan mula digunakan peranti pesaing sekitar September depan. Teknologi ini cukup menarik sehingga Apple sendiri berminat menggunakannya pada MacBook Pro baharu dalam masa terdekat.

Baiklah ini 4 trend yang saya ramalkan akan menjadi ikutan pengeluar lain. Tak semuanya positif tetapi jika anda tahun apa yang akan berlaku dalam masa terdekat, anda boleh merancang dengan lebih baik bila peranti mercu baharu perlu dibeli untuk 2-3 tahun mendatang.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description