Amanz
1 day ago

Melalui integrasi ini, Oppo AI Pen hadir dengan dua fungsi pintar utama iaitu AI Chart dan AI Image. AI Chart yang dibangunkan dengan Gemini 2.5 Pro membolehkan pengguna menukar nota tulisan tangan kepada jadual digital yang kemas serta boleh disunting dengan mudah hanya dengan melingkari teks menggunakan butang sisi pada AI Pen.
Sementara itu, AI Image yang dibangunkan dengan Nano Banana (Gemini 2.5 Flash Image) membolehkan lakaran ringkas ditukar menjadi hasil seni yang lebih menarik. Pengguna juga boleh menambah arahan teks untuk menghasilkan gaya tertentu seperti lukisan minyak klasik atau seni digital moden.

Selain itu, Oppo turut bekerjasama dengan Google untuk memperkenalkan Android Quick Share yang serasi dengan peranti Apple. Tidak lama lagi, pengguna boleh berkongsi foto, video dan fail terus ke peranti Apple tanpa perlu memasang aplikasi tambahan sekali gus memudahkan perkongsian rentas ekosistem. Semua fungsi produktiviti ini akan digabungkan sepenuhnya dalam ColorOS 16 pada Find N6 bagi memastikan pengalaman penggunaan lebih lancar dan praktikal.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

