240 pelajar diraikan dalam majlis iftar, sumbangan cecah RM200,000
17 hours ago
KUALA LUMPUR – Seramai 240 pelajar asrama menerima sumbangan duit raya sempena sambutan Aidilfitri menerusi program iftar anjuran bersama Yayasan Global Mesra, Yayasan Muhibah Malaysia dan Koperasi Khazanah Usahawan (Ko-Khawan) Berhad.Program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kebajikan berterusan yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga gabungan tersebut bagi membantu golongan pelajar dan komuniti yang memerlukan seluruh negara.Pengasas Yayasan Global Mesra, Datuk Mohd Nasir Mohd Rashid berkata, keseluruhan perbelanjaan bagi menjayakan majlis tersebut dianggarkan mencecah kira-kira RM200,000."Melalui program seperti ini, kita mahu menyatukan anak-anak daripada pelbagai latar belakang supaya mereka dapat merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama-sama sebagai sebuah keluarga besar Malaysia."Pada masa sama, kita juga ingin memberi sokongan moral kepada pelajar kerana mereka yang merupakan generasi pelapis dalam membina masa depan negara," katanya.Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media Majlis Iftar sempena Ramadhan Al Mubarak di Saloma Kuala Lumpur, Jalan Ampang pada Isnin.Hadir sama ialah isteri Menteri Pertahanan, Datin Seri Rosni Omar; Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Hasbullah Mohd Ali dan Pengerusi Yayasan Muhibah Malaysia, Lim Ye Han.Penganjuran majlis tersebut turut mendapat sokongan korporat utama termasuk Katch International Sdn Bhd; Kan & Partners dan MHA Consultancy Services.Ujar Mohd Nasir, selain duit raya, para pelajar turut menerima set batik kit sebagai tanda penghargaan dan kenangan daripada penganjur.Tambahnya, jumlah sumbangan pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya berikutan kerjasama lebih kukuh antara pihak yayasan dan rakan korporat."Tahun lalu kita cuba melihat gandingan (kerjasama antara ketiga-tiga gabungan ini)."Jadi tahun ini kita dapat tingkatkan jumlah sumbangan dan berharap pada masa akan datang ia akan meningkat lagi setiap tahun," ujarnya.Jelas beliau, sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan dana yang dikumpul daripada ahli yayasan sendiri.Sementara itu, Pengerusi Ko-Khawan Berhad, Datuk Eng Yee Koo berkata, penyertaan pelajar Islam dan bukan Islam dalam program berkenaan dijangka memperkukuhkan pembangunan sahsiah dan pembentukan sikap saling menghormati antara kaum."Apabila pelajar pelbagai latar belakang duduk semeja berkongsi juadah berbuka puasa, ia menjadi simbol keharmonian negara dan membentuk generasi muda yang memahami nilai toleransi dan perpaduan sejak di bangku sekolah."Semangat Ramadan ini juga membawa kita lebih dekat kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menekankan nilai kemaafan, kesyukuran dan kebersamaan dalam masyarakat kemeriahan menjelang Hari Raya Aidilfitri," kata beliau. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

