KAFA Rintis diperluas, pelaksanaan lima hari seminggu diperhalusi
1 day ago
KOTA BHARU – Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Rintis kini dalam proses perluasan dengan beberapa penambahbaikan sedang dilaksanakan sebelum ia dimuktamadkan untuk dilaksanakan lima hari seminggu.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, usaha itu sedang digerakkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keperluan semasa dan kekangan sedia ada.Menurut beliau, antara cabaran utama yang dikenal pasti ialah isu premis memandangkan kebanyakan KAFA ketika ini masih menumpang di fasiliti sedia ada seperti sekolah kebangsaan."Kita sedang memperluaskan KAFA Rintis dan dalam masa sama menilai serta menambah baik kelemahan yang ada sebelum pelaksanaan lima hari seminggu dimuktamadkan."Cabaran utama adalah dari segi premis kerana banyak KAFA menumpang di sekolah sedia ada. Jadi, kita perlu penyelarasan antara kementerian terutama dengan Kementerian Pendidikan (KPM)," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Tausiah Khas bersama guru KAFA di sini pada Selasa.Tambah beliau, penyelarasan itu penting bagi memastikan kebajikan pelajar dan guru KAFA terus terpelihara, khususnya melibatkan jadual aktiviti kokurikulum di sekolah.Dalam pada itu, Marhamah memaklumkan bahawa program rintis tersebut melibatkan beberapa sekolah terpilih, namun jumlah keseluruhan masih dalam semakan pihak JAKIM."Jumlah spesifik sekolah yang terlibat perlu dirujuk kepada JAKIM kerana ia melibatkan perkara teknikal termasuk perjawatan dan kenaikan elaun."Saya akan panjangkan perkara ini kepada Ketua Pengarah JAKIM untuk maklumat lanjut," ujarnya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

