Bekalan air sawah padi Kelantan terkawal hasil Kemubu 4

13 hours ago

Bekalan air sawah padi Kelantan terkawal hasil Kemubu 4
KOTA BHARU – Bekalan air bagi kawasan tanaman padi seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) terkawal hasil projek Sistem Pam Kemubu 4, meskipun berdepan cuaca kering sejak kebelakangan ini.Pengerusi KADA, Khalid Abdul Samad berkata, situasi itu membolehkan sebahagian besar kawasan penanaman tidak terjejas dan terus berada dalam keadaan baik."Kira-kira 93 hingga 95 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman padi berjaya diusahakan tanpa gangguan besar walaupun terdapat sedikit kelewatan pada peringkat awal."Setakat ini, masalah air dapat dikawal dengan baik dan tidak memberi kesan besar kepada tanaman padi, walaupun keadaan cuaca agak kering dan hujan tidak menentu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program moreh bersama media di sini yang dianjurkan bagi merapatkan hubungan antara agensi itu dengan pengamal media pada Selasa.Tambah beliau, sebelum ini terdapat beberapa kekangan teknikal melibatkan sistem pengairan yang hampir menjejaskan kira-kira 2,000 hingga 3,000 hektar kawasan tanaman."Masalah itu berpunca daripada isu spesifikasi elektrik, namun sudah berjaya diatasi walaupun berlaku sedikit kelewatan sekitar seminggu," katanya.Khalid menjelaskan bahawa beliau tidak menafikan terdapat cabaran di peringkat tertentu, terutama di kawasan hujung sistem pengairan yang kadangkala berdepan isu agihan air.Dalam pada itu, beliau berkata keadaan cuaca kering yang menyaksikan hujan lebih tertumpu di kawasan hulu turut memberi cabaran kepada pengairan sawah padi.Mengulas mengenai hasil pengeluaran, beliau optimis musim penanaman kali ini tidak terjejas teruk dan menjangkakan prestasi lebih baik berbanding musim sebelumnya.Dalam perkembangan lain, Khalid berkata KADA turut mengambil langkah berjimat cermat selaras dengan saranan kerajaan termasuk mengurangkan penganjuran majlis berskala besar.Katanya, pendekatan itu diambil sebagai langkah berhemah dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi termasuk kenaikan kos bahan api yang memberi kesan kepada sektor pertanian."Walaupun penggunaan diesel untuk jentera tidak dapat dikurangkan, kita tetap berusaha mengawal perbelanjaan dalam aspek lain," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description