Amanz

15 hours ago

Amanz
YouTube secara rasminya dipilih sebagai Platform Rasmi Pilihan FIFA untuk Piala Dunia FIFA 2026. Pemilihan dan kerjasama ini diumumkan oleh YouTube melalui sekali gus menjadikannya saluran utama untuk peminat menikmati aksi Piala Dunia dari pelbagai sudut dengan lebih mudah.

Dengan ini, penonton bukan sahaja boleh menonton kandungan premium daripada rakan media dan pencipta terus di YouTube, malah mereka juga berpeluang mengakses arkib digital FIFA yang memuatkan perlawanan penuh serta detik ikonik dalam sejarah bola sepak.

Di samping itu, rakan media turut diberi peluang menyiarkan sorotan panjang, rakaman belakang tabir, Shorts serta video yang boleh ditonton pada bila-bila masa, sekali gus meningkatkan keterlibatan penonton.

Menariknya, buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, rakan media diberi peluang menstrim 10 minit pertama setiap perlawanan secara langsung di saluran YouTube mereka. Malah, beberapa perlawanan penuh juga akan ditayangkan di platform tersebut.

Kerjasama ini bukan sahaja memberi peminat akses lebih mudah kepada aksi bola sepak tetapi membuka peluang kepada pencipta kandungan untuk menghasilkan karya kreatif berkaitan Piala Dunia. Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description