Amanz

1 day ago

Amanz
DeepSeek merupakan model kecerdasan buatan yang dibangunkan di China, dan sedia menempa nama sebelum ini dengan penawaran yang berkualiti pada kos berkali ganda lebih rendah. Kini, model kecerdasan buatan dari China berkenaan akan beroperasi menggunakan cip Huawei, melalui model baharu DeepSeek v4 kelak.

Model baharu ini dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi. Ia dikatakan DeepSeek sedia bekerjasama dengan beberapa pembangun cip dalam merekabentuk selain mengoptimasikan kod mereka sendiri.

Sekiranya semua berjalan lancar, dan memberikan prestasi setara penggunaan cip barat, ia dijangka akan meningkatkan kembali posisi Huawei, disamping membolehkan pelbagai syarikat berpusat di China membangunkan teknologi terbaru tanpa bergantung kepada cip keluaran Amerika Syarikat.

Selain DeepSeek, beberapa pihak dilaporkan telah turut melakukan tempahan untuk cip Huawei akan datang, termasuk Alibaba, Tencen dan ByteDance. Pada tahun lepas, DeepSeek melalui model v3 sedia mencuri perhatian ramai melalui prestasi yang ditawarkan, disamping ramai mula mempersoalkan apakah firma-firma di Amerika Syarikat benar-benar perlu berbelanja berbilion ringgit untuk tujuan sama.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description