Kerajaan digesa segera luluskan subsidi diesel kepada jentera pertanian - Sanusi

19 hours ago

Kerajaan digesa segera luluskan subsidi diesel kepada jentera pertanian - Sanusi
BALING – Kerajaan digesa segera menyalurkan subsidi diesel kepada jentera pertanian bagi mengurangkan bebanan kos petani sekali gus memastikan kelangsungan industri padi negara.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, pemberian itu sangat diperlukan memandangkan kos operasi yang semakin meningkat."Jentera menuai, jentera membajak, traktor termasuk kubota dan apa sahaja mesin yang guna minyak diesel perlu diberi subsidi, kalau tidak, industri padi akan hancur."Kos terlalu tinggi, sangat-sangat minta perhatian kerajaan, bukan sekadar perhatian sahaja, tetapi tindakan segera," katanya.Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Ketua Kampung (MKK) Negeri Kedah Tahun 2026 di Unishams, Kuala Ketil pada Selasa.Muhammad Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas kenaikan harga diesel melebihi RM6 ketika ini yang kesannya amat dirasai sektor pertanian di Kedah terutama berkaitan penanaman padi yang tidak menikmati bantuan subsidi.Muhammad Sanusi turut mencadangkan agar kerajaan menyediakan kemudahan fleet card kepada pengusaha jentera pertanian supaya subsidi diesel dapat disalurkan secara lebih tersusun dan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.Dalam pada itu, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan pelaksanaan kaedah tabur terus kering (TTK) yang disaran Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) susulan masalah kekurangan air ketika ini.Menurutnya, walaupun pendekatan tersebut dilihat sebagai alternatif ketika musim kemarau, pelaksanaannya mempunyai risiko tinggi kepada pesawah."Saya bimbang sebab kalau buat tabur kering ini, risiko padi angin tinggi. Kos sudah keluar tetapi hasil tak dapat, akhirnya pesawah yang rugi," katanya.Sehubungan itu, beliau berpandangan pesawah wajar menangguhkan penanaman padi bagi Musim 1/2026 buat sementara waktu sehingga keadaan kembali sesuai."Kita tunggu dulu sampai hujan dan air kembali mengalir di kawasan bendang. Bila keadaan sudah pulih, barulah buat penanaman semula," jelasnya.Bagaimanapun, Muhammad Sanusi berkata, sekiranya kaedah TTK tetap mahu dilaksanakan secara serius, ia sepatutnya dilakukan melalui konsep penanaman padi darat atau padi huma yang pernah diusahakan sebelum ini. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description