Media Iran dakwa operasi AS di Isfahan gagal, anggap kekalahan strategik besar

17 hours ago

Media Iran dakwa operasi AS di Isfahan gagal, anggap kekalahan strategik besar
TEHERAN — Media Iran, Press TV mendakwa operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Isfahan berakhir dengan kegagalan besar, sekali gus disifatkan sebagai kekalahan strategik kepada Washington.Menurut laporan eksklusif itu, kegagalan operasi berkenaan menjadi punca kepada ancaman keras Presiden AS, Donald Trump, yang sebelum ini memberi amaran untuk menyerang infrastruktur awam Iran termasuk loji janakuasa dan jambatan.Laporan tersebut mendakwa operasi itu dirancang dalam satu mesyuarat sulit di Rumah Putih dan pada asalnya bertujuan menyusup serta menyerang kemudahan nuklear Iran di wilayah Isfahan, bukannya misi menyelamat juruterbang seperti didakwa AS.Menurut sumber sama, tentera Iran telah bersiap sedia lebih awal dan berjaya memerangkap pasukan khas AS yang mendarat menggunakan pesawat pengangkut.Keadaan itu memaksa operasi ditukar kepada misi menyelamat kecemasan selepas pasukan berkenaan diserang.Media berkenaan turut mendakwa beberapa aset ketenteraan AS termasuk pesawat dan helikopter musnah dalam operasi tersebut, manakala sebahagian anggota terpaksa berundur secara tergesa-gesa dengan meninggalkan peralatan.Selepas pengunduran, pesawat pejuang AS dilaporkan melancarkan serangan ke atas peralatan sendiri bagi mengelakkannya jatuh ke tangan Iran.Laporan itu juga mendakwa pentadbiran Trump cuba menutup kegagalan berkenaan dengan menggambarkan operasi tersebut sebagai misi menyelamat, selain menyifatkan kenyataan rasmi Washington sebagai propaganda.Bagaimanapun, dakwaan tersebut belum disahkan secara bebas oleh pihak berkecuali, manakala AS belum mengeluarkan kenyataan rasmi terperinci berhubung laporan itu.-Agensi ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description